POWER OIL AND GAS

BERITA BAIK UNTUK PEMEGANG BIASISWA JPA



Jika sebelum ini Jamal dah cerita tentang Lapor Diri JPA bagi pemegang biasiswa JPA. Kali nie Jamal nak kongsikan berita gembira untuk pemegang Biasiswa JPA pulak. Article ini Jamal ambil dari sumber yang boleh dipercayai iaitu BERITA HARIAN. Berita ini Jamal dapatkan setelah Jamal dapat panggilan Interview dari SPA untuk jawatan Jurutera Elektrik Gred J41 di JKR. 

Jamal mencari berita ini disebabkan Jamal malas nak pergi interview tersebut kerana Jamal sudah ada kerjaya yang seronok dan bersesuaian dengan diri Jamal ini. Lagipula interview ini diadakan di JOHOR BAHRU, Jamal pulak sedang bekerja di KL. Tak kan la nak ambil cuti balik JB semata-mata untuk menghadiri interview yang Jamal sendiri tak mahu jawatan tersebut kan. Lebih baik beri kekosongan tersebut kepada orang lain kan. Inilah diantara isi pengumuman yang dibuat oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Dalam pengumuman yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pasti menggembirakan semua pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di seluruh dunia tak kira dalam atau luar negara.Menurut Perdana Menteri, pemegang biasiswa JPA akan dibenarkan berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat swasta dalam bidang berkaitan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). 

Sebelum ini, para pemegang biasiswa JPA akan terikat dengan kontrak selepas tamat pengajian.Mereka akan bekerja dengan kerajaan mengikut tempoh masa tertentu mengikut bidang-bidang yang berkaitan.

Antara syarikat-syarikat GLC yang terkemuka di Malaysia termasuklah Petronas, Sime Darby, Proton, Perodua dan lain-lain lagi.Berkenaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pulak, ada 12 jenis bidang yang disenaraikan dalam RMK-10 iaitu minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, perkhidmatan pendidikan, eletrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan akhir sekali Greater Kuala Lumpur.

So, lepas nie kepada semua pemegang Biasiswa JPA, korang tak perlu risau lagi la kalau nak ambil biasiswa JPA ataupun nak kerja dengan pihak swasta sekalipun. Tapi dengan syarat company yang korang nak kerja tue mestilah GLC ataupun company swasta yang menjalankan perniagaan dalam 12 bidang NKEA di atas. Sekian
 
Sumber berita: Berita Harian 


biasiswa jpa | lapor diri jpa | biasiswa jpa diploma | biasiswa jpa ijazah | scholar jpa | jpa scholarships | pemegang biasiswa jpa |  

15 comments:

KERTAS A4 BLOG said...

aku pon pemegang biasiswa JPA tahun 2003-2005... Tapi tak dipanggil kerja kat JPA dalam tempoh termaktub dalam agreement... So da burn kontrak... Hehehe...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

masalahnye ak nie pemegang biasiswa JPA then semalam ayah aku call cakap ade surat panggil interview dari SPA..dalam dilemma betul la..search-search then jumpe keratan akhbar nie..lega sikit rasa hati..sebab malas nk keje ngan GOV..hehe

Anonymous said...

saya cukup bernasib baik kerana saya bekerja dengan GLC. SPA telah pun suruh saya lapor kerja tetapi saya tidak berminat. So, Pihak atasan saya menolong saya meminta surat dari pihak board syarikat untuk JPA tidak lama lagi. Saya sangat gembira dengan adanya pengumuman Perdana Menteri tahun lalu.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..

MomTom said...

anak syarikat PETRONAS dikira GLC la kan?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

cube tgk kat slip gaji...sape yg keluarkan..Petronas jugak ke yg keluarkan..

Anonymous said...

hi salam...betul ke boleh keja dgn GLC and swasta?bukan statement tu kata yang terpilih aje ke? student terpilih ke atau syarikat terpilih. saya pun dapat panggilan temuduga SPA tapi tak kan la nak tinggalkan keja yg sekarang ni. boleh confirm ke lepas kontrak ni...cuak gak kalau diorang amik tindakan nanti. thanks.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

statement tue kata company yg related dengan 12 bidang yg terkandung dalam NKEA..ala..relax je..ramai je senior2 kita yg x pg interview tue..xde pape tindakan pun..

lagipun jenis manusia mcm kita nie mmg pelik..org lain berlumba-lumba nak kerja kerajaan..tapi lain pulak cerita ngan kite nie..kalo boleh nak elakkan kena kerja ngan kerajaan..lawak sungguh..hehe

Anonymous said...

if shell, bleh diconsider ke? mmg mintak release letter dr jpa ke?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Boleh kot..Jamal tak minta release letter pun. Buat biasa je, aritue SPA panggil interview pun Jamal tak pergi, memang takde pape tindakan pun. Jangan la risau, ramai lagi diluar sana yang nak kerja dengan GOV..:-)

NH Shazone said...

Salam. Nak tanya, masa kita isi borang SPA8 tu, kita ada listkan jawatan yang dipohon. Let say kita dapat panggilan selain daripada yang kita isi, dan kita tolak, adakah kita masih ada peluang untuk mendapatkan tempat dalam JPA? TQ.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussalam Shazone,

Tak sure la, cuba call JPA tanya..

Jasper said...

hi, tumpang tanya ye.. hmm saya ni pemegang JPA tahun 2009, adakah kami masih terikat utk kerja dgn GOV selama 5tahun? maksud saya sini, saya ni malas gak nak kerja dgn Gov, nak kerja kat luar negara boleh ke?

Anonymous said...

alhmdulillah..lega dpt jmpe artikel ni.sya pemgang biasiswa JPA 2010.slama 2 thun tnggu pnggilan SPA xdpt.sib baik uitm offer keje lec part time n sekrg da dpt keje tetap kat salah satu universiti swasta dlm negara.da rasa selesa dgn keje ni xnk da keje lain

Norin S said...

Boleh tak sesiapa yg ada keratan ni dapat berikan kepada saya. Link tak dapat dibuka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...