POWER OIL AND GAS

PENDAFTARAN HAJI

SLIP PENDAFTARAN HAJI
ALHAMDULILLAH..Segala Puji Bagi ALLAH SWT (TUHAN SEKELIAN ALAM), Yang Mana Telah Menerbitkan DIA pada Hati-Hati Sekelian Mukmin itu Matahari Pengenalan (MA'RIFATULLAH) dengan cahaya At-Tauhid dan Yakin (AINUL YAKIN)..Juga Selawat dan Salam Atas Penghulu Besar NABI MUHAMMAD SAW Yang Mana Telah Menunjukkan JALAN MA'RIFAH Kepada Kita, juga Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Mereka Yang Sentiasa Mengikuti Mereka-Mereka itu Hinggalah Hari Kiamat..INSYAALLAHU TAALA..AMIN

Alhamdulillah hari nie Jamal dah berjaya membuat pendaftaran untuk ibadat haji dengan LEMBAGA TABUNG HAJI. Gambar diatas ialah sample slip pendaftaran yang menunjukkan jika kita membuat pendaftaran HAJI sekarang, tahun 2037 M nanti baru dijangkakan boleh melaksanakan ibadah tersebut. Umur al-faqir pun dah dekat 50 tahun mase tue..jenuh la nak menunggu.

So, pesanan kepada sahabat-sahabat yang dah ade rezeki tue, daftarlah Haji dengan segera, moga-moga ade rezeki nnt,dapat lah pergi Haji diwaktu muda nie..InsyaAllahu Taala.

Informasi dibawah ini diambil dari website LEMBAGA TABUNG HAJI.

Bagaimana Pendaftaran Haji secara Online di Laksanakan ? 

Pendaftaran haji (online) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. Setiap pendaftaran haji (online) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.

Siapa yang layak mendaftar ?

Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00. 



pendaftaran haji | pendaftaran haji online | cara pendaftaran haji | tabung haji online | slip pendaftaran haji

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...