POWER OIL AND GAS

BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 3)



Kenali Nuffnang

Seperti yang dijanjikan, Al-Faqir akan sambung tips ini dengan pengenalan kepada Nuffnang. Al-Faqir pilih Nuffnang sebab Al-Faqir sudah berjaya buat duit dengannya dan Al-Faqir familiar dengan cara-cara untuk meningkatkan pendapatan dengannya.

Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Nuffnang menawarkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 150,000 blog. Nuffnang kini mempunyai cawangan pejabat di 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Di antara para pengiklan
Nuffnang ialah yang terbesar ialah Citibank, Nokia, Sony, Digi, Maxis, Nike, Nestle, dan banyak lagi. Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger. Nuffnang juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar, bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Sejak kebelakangan ini, Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain atas kejayaan mencipta komuniti baru di internet

Sekarang Al-Faqir akan tunjukkan 
Cara-Cara Untuk Mendaftar Dengan Nuffnang.



1. Pergi ke Homepage (http://www.nuffnang.com.my/)

Korang boleh jugak klik gambar di atas untuk pergi ke laman Nuffnang. Jikalau korang  nak mendaftar, sila la click button Sign Up as Blogger.
Kemudian korang isikan la alamat, nama penuh , no telefon, isi lah semua tu senang cerita, supaya takde masalah di kemudian hari, terutama bila nak cashout earnings nnt. Apabila  dah selesai, maka korang sudah ada satu akaun Nuffnang seperti di bawah nie kan.

Korang nampak tak perkataan Gliteratti tue. Glitterati adalah status istimewa bagi pengguna Nuffnang. Terdapat 2 jenis keahlian yang pertama seperti di atas dan yang kedua adalah regular kalau tak silap. Menjadi Glitterati nie terdapat kelebihannya yang tersendiri iaitu anda dapat banyak Buffered Earnings, pembayaran cek lebih cepat sampai dan juga lain-lain anda boleh baca di sini.
Kemudian kita pergi kepada Blog Manager seperti gambar di bawah ini.
 2. Blog Manager

Apa yang  Al-Faqir nak ajar anda nie ialah tukar Ads Preference tu kepada Show Global CPC/CPA ads. Tukar sahaja supaya senang iklan akan disiarkan di blog korang nnt. So bila ade banyak iklan keluar, makin tinggi la kemungkinan korang nak dapat income. 
Kemudian yang ke 3 tu adalah Polls bukan? Jika korang mahukan polls didalam iklan, maka korang boleh letak la ye. Tapi Al-Faqir punya dah tukar kepada No sebab menyemak jek poll tu huhu. Pandai2 lah korang tahu poll itu ape . Poll tu macam soal selidik contohnya pembaca ni laki ke perempuan, umur berapa dan sebagainya. Sudah siap tukar? Kemudian kita pergi kepada lagi satu segmennye iaitu Edit Survey seperti di bawah ini
Mengapa Al-Faqir suruh pergi kat sini sebab apabila korang jawab soalan di edit survey ni, kemungkinan iklan akan diletakkan diblog kita akan meningkat. Percayalah. Di bahagian page ini  korang jawablah betul-betul. Baru lah syarikat Nuffnang ni yakin nak pasang iklan kat blog korang. Jawab sebaik mungkin ye.
Sudah selesai yang itu kita pergi kepada untuk menambah iklan di blog pula iaitu Add ads seperti di bawah ini

3. Add Advertisement (Add Ads)

Sekarang masuk bab untuk belajar macam mana nak letakkan code ads tue kat blog korang. Sama ada nak letak iklan tu di Header ke Sidebar ke ataupun Footer.  
Rasa-rasanya korang da paham kan kat mana bahagian tu semua. Kemudian korang pilih lah nak code nak letak kat bahagian mana. Kemudian paste di sidebar or footer. Bagi pengguna blogspot anda pilih add HTML tu dan paste kan ke semua code ke dalamnya. WordPress pula alahai senang sangat kan? Pergi ke bahagian widget kemudian pilih text. Sangat lah mudah pakai wordpress.
Tamatlah sudah pengenalan dan pembelajarkan kita untuk mendaftar dengan Nuffnang dan bagaimana meletakkan iklan nuffnang di blog korang.
So untuk TUTORIAL KE-4 yang akan datang, Al-Faqir akan sambung dengan topik
ISTILAH PENTING TENTANG NUFFNANG

Bersambung di - BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 4)



Related Posts :-

14 comments:

feyus said...

info yang sangat bagus. aku jg guna nuffnang dan BE kedua2 my site tgh berjln. thanks nuff.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..arinie sgt heppy..baru je dapat lagi satu BE tadi, menjadikan BE yg tengah running skang nie 3 BE..

semakin hari semakin syg Nuffnang..hehe

Glo-w~* said...

lols already did this^^ any more tips?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

check this out:

BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 4)

Tanakwagu said...

baik untuk orang baru dan juga orang lama
dapatkan domain n hosting termurahterhad tau

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

orait bro..hehe

Mohd Zaid said...

datang melawat :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

sila2...sudah lawat zaid kembali

Amir Azrin said...

terima kasih sgt membantu..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama2... "Sharing Is Caring"

NuRUl AtHirah SuhaImi said...

knape dkt blog manager 2 sy x bley wt pape pn..sy x phm ni..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Kat blog Manager tue..Cik Nurul kena tambah URL blog dlu..dah tambah blog ke blom..

zul86 said...

http://warisanmelayujohor.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Aik..sempat lagi promote kat sini..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...