POWER OIL AND GAS

BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 4)


Untuk tips kali nie, Al-Faqir akan kongsikan dengan korang mengenai istilah-istilah Nuffnang yang wajib korang ketahui dan fahami masak-masak. Kerana istilah ini bersangkut paut dengan earning yang korang dapat. So, untuk memaksimumkan earning Nuffnang korang, korang kena la faham Istilah-Istilah nie..Ye tak..

Istilah-Istilah Nufnang?

Antara istilah penting yang perlu anda tahu tentang Nuffnang iaitu:-

Campaign (CPC) / Cost Per Click

 
Pada permulaan, Nuffnang biasanya akan meletakkan iklan CPC nie kat blog korang. Earning untuk CPC akan bergantung kepada berapa ramai visitor yang click iklan tersebut. Maknanya jika visitor korang ramai sekalipun tapi takde sorang pun yang click iklan tersebut, korang memang tak dapat earning pape la.  Iklan bagi Campaign CPC ini selalunya tidak menentu, bergantung pada Nuffnang sama ada nak bagi iklan apa.

Tips: Pada tahap permulaan ini, korang perlu rajin la blogwalking(BW) dan mengupdate blog pada setiap hari untuk menarik traffik yang tinggi ke blog. Untuk software blogwalking (BW), korang boleh download kat sini. Apabila traffik dah tinggi dan sekurang-kurangnya 20 unique visitor (UV) atau lebih setiap hari, maka peluang blog korang untuk mendapat BE sangat cerah. Biasanya korang akan dapat BE paling cepat pun sebulan selepas register dengan
Nuffnang.


Buffered Earnings / Cost Per Impressions (BE/CPM)


Untuk BE, earning korang akan bergantung kepada jumlah unique visitors(UV) ataupun Blogger Band, semakin tinggi UV dan Blogger Band korang, semakin banyak earning korang akan dapat. Iklan yang dikeluarkan adalah bergantung kepada Pengiklan/Advertiser. Sekiranya Pengiklan /Advertiser tertarik dengan blog korang, pihak mereka akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog korang dengan mengikut bilangan UV korang. Earning nie akan tamat selepas Pengiklan/Advertiser yang menyewa iklan di blog anda mecapai UV yang dikehendaki mereka. Ianya juga dikenali sebagai Metered Earning (ME).

Tips: Semasa mendapat BE, semakin tinggi Unique Visitor, semakin tinggi Earning korang dapat. So far, Al-Faqir dah berjaya dapat dalam 9 BE, yang tengah running sekaligus sekarang nie ada 3 BE. Alhamdulillah la kan rezeki.


Cost Per Action (CPA)

With CPA ads, you get rewarded whenever there’s a specified action desired by the advertiser e.g. a product being purchased or, a registration form being submitted as a result from clicking on the ad from your blog etc. The amount earned will range from the transaction involved. The more difficult it is to do the transaction the more you earn. For example, if users who click on a banner are meant to just fill up a form, a blogger can earn say RM1 to RM20 per sign up (depending on the advertiser). However if it’s something more challenging, say if something of high value is bought then the amount rewarded can be even over RM50 being rewarded per transaction.
Advertorials (Ads)

Earning nie la yang paling 'dikehendaki' di dalam Nuffnang. Earning ini diberi kepada blog-blog yang bertaraf profesional, di mana unique visitornya setiap hari mencapai ribu-ribu! Sekiranya ada Pengiklan/Advertiser yang tertarik dengan blog korang kerana unique visitor yang dah ribu-ribu itu, maka mereka dengan sukacitanya akan beriklan dengan blog korang. Kadangkala, secara senyap-senyap, korang pun tak tahu bila dapat Earning tersebut. 

Caranya ialah korang dikehendaki menulis post berkenaan produk terbaru mereka di dalam blog. Bila mereka kesan blog anda, mereka dengan sukacitanya akan membayar korang dengan jumlah yang tinggi! Namun begitu, untuk memperolehi iklan ini, korang perlulah mempunyai unique visitor yang sangat tinggi dalam masa sehari. So far Al-Faqir belum pernah dapat lagi iklan jenis nie. Unique visitors blog nie pun paling ramai 500 je sehari..belum cecah ribu-ribu lagi pun.


15 comments:

Alan Rizque said...

Baru faham sikit istilah dalam nuffnang ni..terima kasih Al-Faqir..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama2 Alan..Gud Luck ye...

edda said...

baru faham pasal istilah nuffnang ni... thankz abang jamal. nak minta izin saya nak masukkan dalam blog saya boleh x?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

sama2 edda..boleh je kalo nak copy mana2 article dari blog nie..tapi letakkan la link dan credit kepada blog nie balik nnt ye.. :-)

cik gelong said...

mintak byk ye nk copy?? hehhehe.. tp, credit ttp kt Jamal. tq!

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Boleh CG..silakan la copy ye..:-)

mursyid diey said...

As Salam
ada kemungkinan tak untuk mendapat buffered earning walaupun belum mendapat apa-apa hasil daripada CPC Campaigns?

contohnya, baru sebulan mendaftar kat nuffnang, n then ada kemungkinan dapat BE?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussalam,

Ada je, tengok la rezeki masing-masing nanti..InsyaAllah

::Mastura Zakaria:: said...

ooooo bergantung uv.....rupanya.... camne ek nak bagi uv tinggi?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Cik Mas : Ada macam-macam cara nak tarik pengunjung datang ke blog kita..

Boleh aplikasikan teknik SEO, hasilkan entry-entry yang berkualiti dan bukan sekadar cerita hal peribadi je. Lepas tue rajin ping entry kat FB,apesal,Gengbloggger,Linkedin,Innit dan lain-lain lagi..InsyaAllah senang-senang je boleh tingkatkan traffic.

Tapi untuk jangkan masa panjang, better gunakan teknik SEO la dan setkan niche blog kita tersendiri..

SeseDaP RaSa said...

dah makin faham.. cuma BE 2 je x berapa paham sgt.. hehhe

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Takpe, slow-slow..lama-lama faham la nanti tue..

e-Zo94 said...

UV saya pon max 70++ jer..

La Cocca Di Papa' said...

terima kasih atas penerangan bro, skrg baru la ada idea camne nak naikkan nuffnang yg sendu ni....

Putera Dunia said...

nice info.... tq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...