POWER OIL AND GAS

SAHAM BANK RAKYAT RM500


Jamal rasa ramai yang tahu pelaburan dengan Bank Rakyat akan memberi pulangan yang sangat baik iaitu diantara 15%-20% dividen setahun kepada ahlinya. Kini Bank Rakyat telah membuka kembali sahamnya untuk anggota baru dan tambahan saham kepada anggota sedia ada. Dibawah nie petikan akhbar mengenai penambahan modal syer bank rakyat sebanyak 1 billion.



 Jumlah minimum dan maximum yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 sahaja. Di samping itu, bayaran RM5 bagi tujuan pendaftaran. kalau tak ada akaun bank, boleh buka minimum RM20.

Pelanggan perlu hadir sendiri ke cawangan Bank Rakyat untuk mengisi borang yang telah disediakan dan pembayaran dibuat terus ke cawangan secara tunai. Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan dan juga kad pengenalan yang asal.

Antara syarat-syarat untuk apply saham Bank Rakyat yang telah dibuka awal bulan April adalah ANTARANYA:
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputera beragama Islam dan bukan Islam
  • Bukan Bumiputera beragama Islam
  • Tidak muflis
Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265 or facebook @Bank Rakyat. 

Alhamdulillah tadi tengah hari Jamal dah pg Bank Rakyat untuk beli saham nie. Punya la ramai manusia yg nak beli. Kena tunggu dalam 60 no giliran jugak la..Ada la dalam 3 jam lebih menunggu...hehe..sabo je la..

Kalau korang teringin beli lebih korang boleh isi borang tambahan yang mana akan dihantar ke HQ.. bulan depan baru dapat tahu keputusan samada saham tu ada lagi atau tidak.. kalau saham belum habis lagi.. maknanya korang berpeluang buat tambahan lagi la. Jamal ada la isi borang tambahan tue jugak, tapi tak tawu la dapat ke tak.

So, Good luck untuk semua yang baru nak beli saham nie, harap2 saham Bank Rakyat nie masih belum habis lagi la esok.



saham bank rakyat | bank rakyat | saham bank rakyat rm500 | rm500 saham bank rakyat | pelaburan dengan bank rakyat



10 comments:

aKU maNUsiA beRpeRaSaaN said...

menarik....
=)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

jom pakat ramai2 beli..sebelum habis..

Anonymous said...

ada lg ke saham bank rakyat?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

last friday ade bukak untuk jualan lg..this week x twu la ade lg ke x...cube try call bank rakyat dulu ataupun pg je bank tanye

Sharinginfoz said...

Baguslah pakat2 beli

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

yup..beli jgn x beli...simpanan untuk masa tua kan...

titan said...

wah, dah buka semula..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

lama dah bukak bro..4 April aritue Bank Rakyat bukak...kat Bank Rakyat Jln Tangsi dah habis..klo nk beli jugak..kena g branch Bank Rakyat yg tempat lain la..tue pun kalo ade lg dana nie

Anonymous said...

islamic investment ke ni?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

InsyaAllah Islamic..tapi jika tuan sudah/masih ragu2..x payah la invest ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...