POWER OIL AND GAS

TELUR PALSU DARI CHINA


Telur ayam palsu atau tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan telah dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini Selasa.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.


Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

KENALI DAN LIHAT PERBEZAAN TELUR AYAM PALSU DAN TELUR AYAM ORIGINAL DIBAWAH INI....





telur palsu | telur tiruan | telur palsu china | telur tiruan china | telur palsu dari china | telur tiruan dari china | perbezaan telur tiruan | perbezaan telur palsu

18 comments:

kuromeowiie said...

whoaa nowadays even egg can be fake...==

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

yup..super genius ma..after this will come animals and humans clone..still under some research..

BobMalek said...

mohon share..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

silakan...sebarkan pada semua orang..kang x pasal2 kena kanser sebab makan telur tiruan nie..

Adrian said...

LOL! Fake eggs! I heard about it too! lol

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

That fake eggs were made of chemicals. Very bad for our health

Fowziey said...

At first glance, just like the real one. Thanks for this info.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

your welcome...hope to share this with everyone..before something bad happen...

and one more thing..The Consumers Association of Penang (CAP) has warned consumers that the fake eggs may contain gelatin, which is haram to Muslims

orang muo said...

bijak & cerdik mereka ni tapi sayang salah asuhan :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

nak buat mcm mana..wang ringgit dan kemewahan dengan cara mudah telah membutakan mata hati mereka...

zis said...

ahakzzz..

apa kata lepas ni kita buat beras palsu plak nak? kompom jadi jutawan segera sebab suma orang makan nasik..hehe

mmg tak berhati pewut betul orang2 ni..aduyai

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

lepas tue semua mampus kena kanser..hehe..
kite jual ubat kanser pulak..idea yg bernas

Cik Dayah said...

uhhh rasa macam pernah makan je.
alamakkkk.

lepas ni tak payah makan telur lagi dah.
=.='

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

hah..yeke cik dayah..biar betul..makan ktne..hehe

nur said...

pleik betul..ini pun nak buat tiruan.apa dah jadila dengan manusia zaman sekarang.Allah dah jadikan benda yang mudah tinggal nak guna je itupun tetap tak bersyukur.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

mmph..nak buat macam mana..bukan semua org berfikiran mcm cik nur..semua nak ambil jalan mudah je tanpa memikirkan kesannya pada org lain..huh

nur said...

masalahnya kan nak cipta benda tiruan ni bukannya mudah pun.kena buat kajian itu,kajian ini.kalau telur ayam biasa tu dah boleh terus ambik dan makan.menganiaya orang.emotional rasanya ni

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

ala..ape nak pelik cik nur..sedangkan haiwan dan manusia pun saintis dah boleh klon kan.. inikan pula telur ayam..

mereka genius, tapi digunakan untuk menganiaya org lain..MasyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...