POWER OIL AND GAS

Blog Review Oleh Jamaluddin.net #1

Loading Time untuk blog yang di review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jamal nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah join "Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net". So untuk hari nie, Jamal review 3 blog bertuah nie dulu ye kawan-kawan. Yang lain harap bersabar ye.

Slumberdek.blogspot.com
Blog pertama yang Jamal review ialah blog Slumberdek nie. Kalau korang semua nak tahu, blog slumberdek nie dah lama jugak established since Apr 2009. Cuma baru start aktif balik Apr 2011 nie  Dan Jamal kategorikan blog slumberdek nie sebagai blog informasi.

Loading Time dan Layout blog nie dah ok. Cume kalau boleh, chatbox tue  letak kat atas. Bila pengunjung datang blog kita, die terus nampak chatbox tue kan. Dan blog Archive tue lebih bagus kalau buat yang boleh scroll punye, boleh jimat space untuk sidebar sikit.

Tips nak dapatkan lebih banyak pageviews, slumberdek boleh buat jump break untuk setiap post tue. Gunakan Read More Button.

Overall blog slumberdek nie memang dah menarik, jom la singgah dan komen blog die kawan-kawan. klik sini


www.penulissenja.com
Blog kedua Jamal nak review ialah blog Penulissenja.com. Untuk blog PS nie Jamal tak payah nak komen pape dah. Layout Blog PS memang terbaik dah. Dan niche untuk blog PS nie sudah semestinya dibawah kategori SASTERA kan, memang menarik. Susah nak jumpe blog jenis nie kan kawan-kawan. 

Cuma kalau kita lihat Loading Time blog PS nie akan lambat sikit la dengan size 159.43KB, kalau boleh maintain bawah 100KB lagi baik. 

Dan berdasarkan statistic Alexa, traffic yang blog PS dapat dari search engine amatlah sedikit. Kalau PS pandai gunakan teknik SEO, Jamal pasti blog PS nie akan pergi lebih jauh lagi.

Jom lihat blog PS yang ringkas dan menarik disini.



nanacyunkdye.blogspot.com
Blog ke-3 yang Jamal nak review nie ialah milik Nurul Farhana Binti Riduwan. Kalau berdasarkan title blog dia iaitu “Luahan Hati Mencetus Inspirasi” mungkin kita dah tahu yang niche blog dia nie akan berkisar kepada niche personal ataupun general kan.

Loading Time blog nie tiada masalah, memang ringan blog nie. Cuma dari segi layout tue memang banyak lagi perlu diperbaiki la ye. Memang pening sikit Jamal nak baca blog nie. Jamal harap cik Nana tak kisah ye dengan komen Jamal nie. Antara yang cik Nana boleh perbaiki lagi ialah:-
  • Buatkan Tab Menu kat bawah header tue, boleh buat Tab untuk About Me dan lain-lain
  • Buatkan border untuk Post Body dan SideBar, biar nampak ade pembahagi sikit.
  • Boleh jugak buatkan Line atau border untuk title setiap post. Bila Jamal baca, Jamal susah nak bezakan post yang berlainan.
  • Boleh jugak aplikasikan Read More Button
  • Tukarkan warna  background blog dan background post, gunakan warna yang berlainan. Sebagai contoh background post warna putih dan background blog warna biru macam blog Jamal nie. Baru nampak kemas sikit nanti.
  •  Kalau nak mesra pengunjung, boleh tambahkan chatbox.

Buat masa nie Jamal komen berkenaan dengan hal-hal diatas tue dulu la ye. Nanti kalau dah ubah boleh minta Jamal review balik dari semasa ke semasa ye cik Nana. Jom lawat blog Nana kat sini.

 Dan berita baik kepada blog-blog yang Jamal dah review ialah secara automatic Jamal akan letakkan link blog diorang dalam blog terbaru Jamal iaitu malaysiandirectory.blogspot.com. Jamal akan asingkan semua blog yang dah join segmen Jamal mengikut kategori masing-masing, nanti senang Jamal dan rakan-rakan semua untuk buat blogwalking dan juga dijadikan sebagai rujukan.

Kepada sesiapa yang masih belum join "Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net". Jom la join, masih terbuka lagi nie kawan-kawan. Penyertaan terhad tau.

10 comments:

nana riduwan said...

mekaseh ye incik jamal sudi review belog nana..insyaALLAH nnt nana akan cuba betulkan.. :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-sama Nana, Jamal pun xde la pandai sangat pun. Sekadar perkongsian hasil dari pengalaman sendiri. Gud Luck ye cik Nana.

waN Mohd Salim said...

terima kaseh pakcik hehee

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Haha..terasa tua pulak dah PS..:-)

slumberdek said...

TQ jamal review blog slumberdek dengan komen2 yang akan menambahbaik blog slumberdek.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-Sama slumberdek. Jamal komen sikit je sebab blog slumberdek dah memang nampak ok. Kemas je kan..:-)

Norhisham Nordin said...

bagus laa jamal nih... bagi komen yg sgt membina... kipidap bro..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Hisham. Jamal komen biasa-biasa je la..:-)

dira said...

mcm mane nak buat read more button ek?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Caranya macam nie...

Masa cik Dira buat entry/post baru tue, cik dira boleh Insert kan Jump Break di entry Dira. Ade button jump break sebelah kanan button insert video dan insert picture.

InsyaAllah kalau ade masa nanti Jamal buatkan tutorial die ye. Sekarang nie busy sikit mereview blog kawan-kawan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...