POWER OIL AND GAS

Blog Review oleh Jamaluddin.net #2

Loading Time untuk Blog yang di review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Jamal sambung “Segmen Blog Review oleh Jamaluddin.net” dengan 3 blog lagi untuk malam nie. Jom ramai-ramai singgah blog diorang ye kawan-kawan.
ctqueen.blogspot.com
Blog pertama ialah blog “Maira Queen” dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Setelah Jamal review, Jamal tengok blog Cik Maira kita nie penuh dengan contest dan segmen. Memang rajin betul Cik Maira nie join segmen ye. Patut la boleh tahan traffic ke blog die nie.
Loading Time dan Layout blog cik Maira nie dah ok Jamal tengok. Takde yang perlu diubah lagi rasenye, maintain je macam sekarang nie ye.
Cume Jamal nak tegur berkenaan dengan kedudukan iklan Nuffnang cik Maira. Jamal tengok tiada iklan jenis Leaderboard di Header blog cik Maira nie. Jika sekiranya cik Maira mahu memaksimumkan pendapatan dari Nuffnang, Jamal syorkan cik Maira tambahkan iklan jenis Leaderboard sekali. Dan kedudukan iklan nuffnang di sidebar tue dipindahkan ke bahagian paling atas sidebar, diatas jumlah visitors tue. Ini adalah untuk memudahkan cik Maira mendapatkan Buffered Earnings dari pihak Nuffnang.
Secara keseluruhan blog cik Maira kita nie memang menarik la, Jamal memang suka blog yang macam nie, jom la singgah dan komen blog die ye kawan-kawan…click sini


anak-jati-melayu.blogspot.com
Blog kedua Jamal nak review ialah blog “anak-jati-melayu“. Untuk blog AJM nie Jamal tak payah nak komen lebih-lebih dah. Layout Blog AJM nie memang kemas dah.  
Cuma lebih elok kalau Chatbox dan Button Followers tue diletakkan dibahagian atas sikit la ye, senang sikit pengunjung nak follow dan komen blog AJM nie. Dan untuk link Artikel Terbaru tue AJM boleh kurangkan rasenye, letak dalam 5-10 entry dah memadai, kalau letak banyak-banyak dah makan space sidebar tue. Begitu juga dengan Popular Posts tue, kalau limitkan dalam 5-6 posts ok dah rasenye.
Dan jika dilihat kepada Loading Time blog AJM nie akan lambat sikit la dengan size 120.51KB dan 2.19 seconds, kalau boleh AJM maintain bawah 100KB dan bawah 1 seconds lagi baik la buat pengunjung yang guna internet slow tue.
Jom terjah blog AJM disini.
Blog ke-3 yang Jamal nak review nie ialah blog “azieismail”. Blog nie Jamal tak tahu la kenapa tuan die letak banyak sangat halangan untuk masuk ke blog die. Ade Popup welcome note la, ade content warning la, nak keluar pun ade popup lagi. Siap ade lagu lagi tau. Memang kurang mesra pengunjung sikit la ye. Untuk cik Azie, nie nasihat dari Jamal:-
-Buang semua popup window untuk welcome note dan bila nak keluar dari blog Azie tue.
-Buang jugak content warning tue, biar pengunjung masuk terus ke blog Azie bile diorang datang melawat.
-Buang jugak lagu-lagu kat blog Azie tue ye, hilang kosentrasi pengunjung yang nak baca entry kat blog azie tau.
-Kedudukan iklan Nuffnang disidebar tue boleh ditukarkan ke bahagian paling atas di sidebar iaitu diatas Take Note. Ini adalah untuk memudahkan cik Maira mendapatkan Buffered Earnings dari pihak Nuffnang.
Buat masa nie Jamal komen berkenaan dengan hal-hal diatas tue dulu la ye cik Azie. Nie blog cik Azie kawan-kawan.
Dan berita baik kepada blog-blog yang Jamal dah review ialah secara automatic Jamal akan letakkan link blog diorang dalam blog terbaru Jamal iaitu malaysiandirectory.blogspot.com. Jamal akan asingkan semua blog yang dah join segmen Jamal mengikut kategori masing-masing, nanti senang Jamal dan rakan-rakan semua untuk buat blogwalking dan juga dijadikan sebagai rujukan.
Kepada sesiapa yang masih belum join "Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net". Jom la join, masih terbuka lagi nie kawan-kawan. Penyertaan terhad tau.


5 comments:

Miecyber said...

Menarik banget...

Gambar Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Sejurus Sebelum Kejadian Tanah Runtuh

azie said...

hehe,terima kasih abg jamal .
so sekarang semua dah tak de,jom ke blog sy :)
http://azieismail.blogspot.com/2011/05/feedback.html

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Bro Miecyber..

Sama-Sama Azie..Jamal dah singgah blog Azie..baru la best macam tue, tenang sikit Jamal nak bace entry kat situ..hehe

izzafey said...

tq for komen yg membina tuan muda

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Haha..komen biase-biase je la Bro Izzafey. Blog AJM dah memang cumil dah, tak payah komen pun takpe kan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...