POWER OIL AND GAS

Blog Review Oleh Jamaluddin.net #3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jamal sambung “Segmen Review Blog oleh Jamaluddin.net” dengan 3 blog lagi untuk hari nie ye. Jom ramai-ramai singgah blog diorang ye kawan-kawan.



Blog pertama yang Jamal review untuk hari nie ialah blog “syuxermelankolia”. Kalau korang semua nak tahu, syuxer nie memang rajin datang blog Jamal dan komen tau. Memang mudah mesra syuxer nie. Dan ini adalah serba sedikit nasihat Jamal untuk syuxer ye :-
  • Kalau boleh syuxer buat la Header Blog sendiri, ia sebagai melambangkan identity blog kita tau. Kalau tak pandai, syuxer boleh minta bantuan blogger lain yang memberi perkhidmatan membuat Header Blog secara percuma macam Abg Teror, Kei Seichi dan lain-lain.
  • Kalau syuxer nak memaksimumkan earnings dari churp-churp, syuxer boleh alihkan iklan churp-churp kat bawah tue. Boleh alihkan ke Status Terkini syuxer. Kalau syuxer nak buang Status Terkini tue pun lagi bagus..hehe..Ia supaya lebih ramai pengunjung melihat dan seterusnya klik iklan churp-churp syuxer tadi tue
  • Dan untuk Blog Archive tue seeloknya syuxer buatkan yang jenis boleh scroll punye la. Lagi jimat space kat sidebar tue.
Orait cukup la tue dulu komen Jamal untuk syuxer. Kang komen lebih-lebih takut die marah Jamal pulak..hehe..jom terjah blog syuxer kat sini.



Blog kedua Jamal nak review ialah blog “che missy“. Komen Jamal untuk blog nie ialah :-
  • Perkara pertama sama macam benda yang Jamal komen untuk blog Syuxer tadi iaitu blog che missy nie takde Blog Header. Boleh baca lebih lanjut di komen untuk blog syuxer tadi ye.
  • Jamal nak tegur mengenai background colour untuk post che missy tue boleh. Kalau gunakan warna terlampau terang macam warna cyan tue, mata pembaca akan cepat penat. Seeloknya che missy tukarkan warna cyan tue kepada warna-warna yang lembut ataupun warna putih.
  • Che Missy juga boleh limitkan jumlah post yang hendak ditunjukkan dimuka depan blog tue kepada 3-5 post sahaja. Jika terlalu banyak post, Loading Time blog che missy akan menjadi lambat.  Che Missy boleh menggunakan aplikasi Jump Break ataupun Read More Button.
  • Dan widget Total Pageviews tue che missy letakkan di sidebar ye, akan nampak lagi kemas nanti.
Cukup la Jamal komen benda-benda yang penting tue dulu ye che missy. Jom singgah blog che missy kat sini kawan-kawan.


dearbella-bella.blogspot.com
Blog ke-3 yang Jamal nak review nie ialah blog “Dear Bella”. Jamal tengok blog cik Bella nie memang dah cumil dan kemas, tak perlu la Jamal nak komen sangat rasenya kan. Cuma kalau cik Bella nak lagi kemas, boleh ikut nasihat Jamal nie ye :-

  • Jumlah post yang cik Bella setkan untuk muka depan ialah 5 post kan. Jamal rase lebih elok sekiranya cik Bella aplikasikan fungsi Jump Break ataupun Read More button. Disamping dapat mengemaskan muka depan blog, cik bella juga akan mendapat lebih banyak pageviews yang akan memberi kelebihan kepada Alexa Rank blog ini.
  • Kedudukan iklan Nuffnang disidebar tue boleh ditukarkan ke bahagian paling atas sidebar iaitu diatas Search Button. Ini akan membantu cik Bella terpilih untuk mendapatkan Buffered Earnings (BE) atau CPM dari pihak Nuffnang
Itu je la komen Jamal untuk blog cik Bella nie. Jamal nak komen banyak-banyak pun takde idea la. Blog nie secara keseluruhan memang dah kemas dari segi layout dan template die. Jom singgah blog bella kawan-kawan.

Dan berita baik kepada blog-blog yang Jamal dah review ialah secara automatic Jamal akan letakkan link blog diorang dalam blog terbaru Jamal iaitu malaysiandirectory.blogspot.com. Jamal akan asingkan semua blog yang dah join segmen Jamal mengikut kategori masing-masing, nanti senang Jamal dan rakan-rakan semua untuk buat blogwalking dan juga dijadikan sebagai rujukan.
Kepada sesiapa yang masih belum join "Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net". Jom la join, masih terbuka lagi nie kawan-kawan. Penyertaan terhad tau.

10 comments:

cik Ida said...

tak sempat nak join.. waaaaaaaa :(

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Boleh join lagi la cik ida..takde tarikh tutup pun untuk segmen nie. Cuma Jamal tak buat sticky post sebab ramai yang join dan Jamal ambil masa nak review semua blog-blog tue..:-)

http://www.jamaluddin.net/2011/05/segmen-blog-review-oleh-jamaluddinnet.html

Bella said...

Wah blog saya sudah direview...
terima kasih bro...^^

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Ye Bella..Sama-sama..

Syuxer said...

tq bro..:)..kritikan bro akan saya jadikan panduan..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Your Welcome Syuxer.. :-)

Zainal said...

salam jamal

saya pun nak try join jugak...insyaallah klu dapat...

camna nak join??..sekurang-kurangnya dapat review yang ihklas dari blogger otai nih best gak....bleh dijadikan panduan...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussama Bro Zainal.

InsyaAllah boleh baca disini ye kalau nak join dan ikut syarat yang Jamal sediakan. Tapi mungkin lambat sikit la Jamal akan review sebab banyak permintaan nie..:-)

SEGMEN BLOG REVIEW OLEH JAMALUDDIN.NET

cheMissy said...

terima kasih sudi review blog saya...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-Sama Che Missy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...