POWER OIL AND GAS

Blog Review oleh Jamaluddin.net #4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jamal sambung “Segmen Review Blog oleh Jamaluddin.net” dengan 3 blog lagi untuk malam nie. Susah jugak nak komen dan beri kritikan kepada blog orang lain nie kan. Maklumlah Blog Jamal nie bukanlah cantik sangat pun kan. Tapi InsyaAllah Jamal akan usahakan untuk memberi komen yang terbaik untuk korang semua ye. 


Blog pertama yang Jamal nak review untuk entry kali nie ialah milik “Mohd Zakwan”. Sekali Jamal pandang blog memang nampak kemas dan ringkas je. Tiada widget yang pelik-pelik dan memberatkan loading page. Dan nie Jamal nak beri sedikit komen untuk penambah baikkan bagi blog Zakwan nie ye :-
  • Zakwan boleh buatkan Header Blog, ia sebagai melambangkan identiti blog kita yang tersendiri. Kalau tak pandai nak design, Zakwan boleh minta bantuan dari blogger lain yang memberi perkhidmatan membuat Header Blog secara percuma macam Abg Teror, Kei Seichi dan lain-lain.
  • Dan kalau Zakwan nak memaksimumkan earnings dari Nuffnang, churp-churp dan says.my tue, Zakwan boleh alihkan iklan-iklan tersebut. Boleh letakkan dibahagian paling atas di sidebar, iaitu dibawah Zakwan’s story. Ia supaya lebih ramai pengunjung melihat dan seterusnya klik iklan Nuffnang, churp-churp dan SAYS.MY tadi tue. Ia juga dapat membantu Zakwan untuk mendapatkan Buffered Earnings dari pihak Nuffnang.
  • Selain itu, Zakwan boleh juga menambah iklan Nuffnang jenis Leaderboard dan Large Rectangle ke blog Zakwan. Ia sedikit sebanyak dapat menambahkan earnings akaun Nuffnang nanti.
Itu saja la komen dari Jamal rasenya sebab secara keseluruhan blog Zakwan nie memang dah nampak kemas dan tersusun rapi.  Jom la singgah dan komen blog die ye kawan-kawan. Mohd Zakwan


abuhanif186.blogspot.com

Blog kedua Jamal nak review ialah blog “Kalam Dari Pondok Tua“. Blog Jamal pernah menggunakan background yang hampir sama seperti blog Abu Hanif nie iaitu background yang berwarna hitam. Tetapi disebabkan ramai kawan-kawan blogger yang tegur Jamal dan beritahu bahawasanya mereka tidak berapa suka dengan blog yang berwarna hitam nie, kata mereka sakit mata kalau baca lama-lama. Maka Jamal tukar background kepada warna biru macam sekarang nie. Tetapi itu terpulang kepada pemilik blog ini sama ada nak tukar ataupun tidak, Jamal sekadar berkongsi pengalaman. Ini ada sedikit komen untuk Abu Hanif ye :-
  • Hanif boleh edit Blog Title dan Blog Description tue tak. Sebab Jamal tengok ianya tidak menonjol disebabkan warnanya sama dengan warna Blog Header. Boleh tukar warna font kepada warna lain ataupun edit keseluruhan Blog Header tersebut.
  • Kombinasi warna hitam dan warna kuning yang terlampau cerah bagi Link di Sidebar itu juga menyakitkan mata pengunjung dan pembaca blog Hanif. Kalau boleh kurangkan penggunaan warna kuning itu dengan menggantikan dengan warna yang lain. Hanya sekali sekala sahaja gunakan warna kuning. Ataupun hanif boleh tukar keseluruhan warna background blog tersebut.
  • Loading Time blog hanif nie agak lambat sedikit disebabkan saiz Header yang amat besar itu. Kalau boleh compress dan kecilkan saiz fail Blog header tue lagi baik. Maklumlah tak semua pengungjung blog menggunakan internet yang laju kan.
Jamal komen itu dulu ye Abu Hanif. Nie blog “Kalam Dari Pondok Tua“.

Dan blog ke-3 yang Jamal nak review nie ialah blog “Ewanrani”. Kalau korang semua nak tahu, ewan nie ialah kawan Jamal dari Sekolah Menegah dulu, kitorang satu kelas dan memang agak rapat jugak la. 

Dan bila tengok blog Ewan nie, Jamal pening jugak fikir nak beri komen apa sebab blog ewan nie memang dah tersusun kemas dari segi layout die. Isi blog dia pun bagus jugak la, ada informasi, ade lawak dan sebagainya. Sikit je la Jamal komen untuk blog Ewanrani ye kawan-kawan, just buat syarat je nie..hehe :-
  • Ewan boleh buat dan letakkan Blog Header sebagai melambangkan identity blog ewan sendiri. Tapi Jamal rase kalau ewan tak nak buat pun takpe sebab template yang Ewan gunakan sekarang nie memang sesuai untuk mereka yang tidak gunakan Header Blog. Memang kemas dah macam tue ewan.
  • Blog Archive tue ewan boleh buatkan yang jenis scroll punye sebab boleh jimatkan space sidebar dan nampak ringkas sikit nanti.
  • Dan kalau ewan boleh buatkan TAB MENU di bahagian atas tue lagi best rasenye sebab Jamal susah nak rujuk dan baca entry ewan yang lepas-lepas. Ewan boleh juga bahagikan tab menu tue ikut kategori entry ewan ke. Lebih menarik pengunjung untuk menyelongkar blog Ewan nanti..hehe

Itulah saje serba ringkas yang dapat Jamal komen mengenai blog korang semua ye. Almaklum lah banyak lagi blog nak kena review nie. Jamal pun tak sangka yang segmen nie mendapat sambutan yang menggalakkan. Thanks kepada semua yang dah join ye.

Dan berita baik kepada blog-blog yang Jamal dah review nie ialah secara automatic Jamal akan letakkan link blog diorang dalam blog terbaru Jamal iaitu malaysiandirectory.blogspot.com. Jamal akan asingkan semua blog yang dah join segmen Jamal mengikut kategori masing-masing, nanti senang Jamal dan rakan-rakan semua untuk buat blogwalking dan juga dijadikan sebagai rujukan. Dan mereka juga dapat free backlinks

4 comments:

Mohd Zakwan said...

baru je baca entri ni hari in . THANKS JAMALUDDIN !!! :D
Nak buat flash header, tapi kena keluarkan duit, malas .hehe

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Your Welcome Zakwan.

Yeke, takpe la. Buat masa nie takde header pun takpe. Tapi bila dah glamour nanti, nak kena ade header sendiri jugak kan..hehe

princess ayu said...

wow...best nya...kalau la blog saya pun kena review..kan bagus supaya nak dgr + and - comments =)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

hehe..InsyaAllah kalau Jamal ade masa nanti ye ayu..

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...