POWER OIL AND GAS

Blog Review Oleh Jamaluddin.net #6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jamal nak minta maaf kepada semua yang dah join “Segmen Blog Review oleh Jamaluddin.net” minggu lepas sebab Jamal lambat siapkan review blog korang nie. Ini disebabkan Jamal sibuk tolong uruskan adik Jamal untuk pendaftaran masuk ke Universiti.

Seperti yang Jamal janjikan, Jamal sambung review mana-mana blog yang belum di review tue ye kawan-kawan.



nadiyahashim.blogspot.com
Blog pertama yang Jamal review untuk entry kali ini ialah milik “Nadiyah Hashim”. Komen Jamal untuk penambah baikkan blog ini ialah seperti berikut :-
  • Kalau berkesempatan, cik Nadiyah boleh design dan buatkan Header untuk blog ini ye. Ianya sebagai melambangkan identity blog kita yang tersendiri. Tapi kalau tak nak buat pun takpe, sekadar cadangan je kan.
  • Kalau boleh buangkan widget-widget yang tidak berguna di bahagian header tue. Jamal lihat terlalu banyak widget diletakkan disitu. Cadangan Jamal, cukuplah sekadar diletakkan 3 benda sahaja di bahagian header tue iaitu nama blog “Relaks,Tenang,Simple”, welcome note yang bergerak dan button followers. Widget yang lain tue boleh dibuang ataupun dipindahkan ke bahagian sidebar.
  • Tukarkan saiz untuk post entry dan sidebar. Seeloknya saiz untuk entry/post tue lebih lebar berbanding saiz sidebar.
  • Dan dibahagian sidebar blog ini juga terdapat pelbagai widget yang tidak begitu penting dan berguna. Kalau boleh, mana-mana widget yang tidak penting tue, cik Nadiyah bolehlah buangkan ye.

Sebab Jamal suruh tinggalkan widget yang penting sahaja di blog ialah supaya blog kita akan nampak ringkas dan kemas. Tidaklah terlalu berserabut dan penuh dengan pelbagai widget nanti. Selain itu, dengan membuang dan mengurangkan penggunaan widget di blog, kita dapat mempercepatkan lagi Loading Time blog dan meningkatkan kemungkinan ramai yang akan datang kembali ke blog kita.

Daripada kajian yang dibuat, jika Loading Time blog kita adalah terlalu lambat, kita akan kehilangan 50% daripada pelawat blog. Ianya adalah suatu kerugian yang amat besar kan. Jom terjah blog cik Nadiyah nie kawan-kawan. “
Nadiyah Hashim


Blog kedua Jamal nak review ialah blog pemudattbc.blogspot.com. Blog ini adalah milik saudara Naim, Jamal kenal Naim nie daripada forum ILuvIslam. Tapi lepas nie forum tue akan ditutup dah, sedihnya.

Daripada warna dan layout blog nie, memang nampak ringkas dan Jamal suka blog jenis yang macam nie. Tetapi sebagai menghargai usaha saudara Naim untuk join Segmen review nie, inilah serba sedikit komen dari Jamal untuk blog Naim nie ye :-
  • Saudara Naim boleh design dan buatkan Header untuk blog ini ye.
  • Naim juga boleh kurangkan pengguna widget di bahagian sidebar tue, mana yang difikirkan tidak penting dan tidak membantu untuk menambah traffic dan mempromosikan blog kita, Naim boleh buangkan ye. Nanti semak satu-satu widget disidebar tue dan tentukan mana yang tidak penting.

Itu saja la rasanya komen Jamal untuk blog Naim nie. Jamal pun takde idea nak komen banyak-banyak sebab Jamal lihat Blog nie memang dah tersusun kemas dan mesra pengunjung. Kalau korang semua tak percaya, jom kita singgah blog Naim ye. ‘Ke Arah Mencari Redha-nya



Blog seterusnya yang Jamal nak review ialah “Dunia Blogger”. Blog nie adalah milik Abu Talib Bin Adam. Diantara komen Jamal untuk Blog nie ialah :-
  • Seeloknya Bro Abu Talib boleh design dan buatkan header untuk blog nie ye.
  • Buatkan arkib blog yang jenis scroll, boleh jimatkan space di sidebar.
  • Limitkan post yang ditunjukkan di muka hadapan blog kepada 3-4 post sahaja. Lebih banyak post di muka depan, lebih lama loading time blog nanti.
  • Senarai Top Commentators tue boleh limitkan kepada 10 orang saja. Boleh jimatkan ruangan di sidebar nanti. Biar nampak blog kita nie seringkas mungkin.

Itu saja la komen dari Jamal ye Bro Abu Talib. Dari segi penggunaan warna background dan layout blog ini memang dah menarik dan kemas. Kawan-kawan boleh jadikan blog ini sebagai sumber informasi ye. Jom singgah blog Abu Talib kat sini.

 Dan berita baik kepada blog-blog yang Jamal dah review ialah secara automatic Jamal akan letakkan link blog diorang dalam blog terbaru Jamal iaitu malaysiandirectory.blogspot.com. Jamal akan asingkan semua blog yang dah join segmen Jamal mengikut kategori masing-masing, nanti senang Jamal dan rakan-rakan semua untuk buat blogwalking dan juga dijadikan sebagai rujukan.

6 comments:

AMMAR YASIR said...

Jamal!!!!

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Ye Ammar..:-)

nadiyahashim said...

trm kasih bebanyak.. nnt saya adjust yang mana selerak dan berterabur tu..trm kasih daun keladi..kalau boleh lawatlah lagi. :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-sama cik Nadiyah.

InsyaAllah nanti Jamal rajin-rajin singgah dan komen ye..:-)

abutalib said...

Insya Allah akan dikmasikini

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..Selamat Berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...