POWER OIL AND GAS

Cara Memilih Niche Blog


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari minggu nie jom Jamal kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan cara pemilihan Niche Blog masing-masing. Jika sebelum nie Jamal pernah kongsikan dengan korang semua berkenaan “Tujuan Dan Halatuju Berblogging” dan “Menetapkan Visi dan Misi Blog”. Untuk Post kali nie, jom kita tengok dan kali jenis-jenis Niche Blog yang boleh kita pilih dan aplikasikan untuk blog kita semua.




Seharusnya setiap blog mempunyai niche masing-masing dan pemilihanya terletak dibahu seseorang blogger itu untuk menentukan kategori blog pilihan yang sesuai dengan diri mereka. Adakah korang memilih kategori blog tersebut mengikut permintaan ramai untuk menarik traffic yang banyak ataupun hanya sekadar memenuhi citarasa atau hobi diri sendiri?

Pokok pangkalnya ia terpulanglah pada korang sendiri dan kedua-dua faktor itu mempunyai keburukan dan kebaikan masing-masing. Dan mari kita lihat dan kaji serba sedikit mengenai pemilihan kategori/niche blog yang ada :-

1. Blog Peribadi

Blog Peribadi biasanya dijadikan semacam diari kehidupan sesorang blogger itu. Kebanyakkan mereka menceritakan mengenai kehidupan seharian mereka dan ada juga yang mengeluarkan sebarang pendapat mengenai isu semasa di blog mereka. Sebuah blog peribadi biasanya sukar mendapat trafik yang tinggi, tetapi apabila kredibiliti diri mereka telah terbina dan mula dikenali maka tidak hairan sebuah blog peribadi juga mampu mendapat trafik yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika blogger tersebut merupakan seorang yang terkenal seperti seorang artis, ilmuwan mahupun usahawan. Contoh blog peribadi yang berjaya ialah benashaari.com.

2. Blog Perniagaan

Korang boleh membina sebuah blog perniagaan internet sendiri contohnya menjual tudung, baju, kasut dan sebagainya secara online. Korang juga boleh menghasilkan dan menjual E-Book yang berkualiti tinggi. Tetapi mungkin persaingan semakin bertambah sekarang ini dan korang perlu mencari idea untuk menjual barang yang tidak banyak persaingan dan mendapat permintaan yang tinggi. Contoh blog perniagaan online memang banyak kan.

3. Blog Informasi

Blog informasi amat diminati sekarang ini kerana ramai pengguna internet yang dahagakan informasi-informasi menarik,terkini dan kreatif. Ada yang mencari informasi sekadar suka-suka dan ada juga yang mencari informasi untuk kepentingan diri atau untuk membantu menyelesaikan sebarang tugasan. Dengan blog informasi, blogger boleh mendapat trafik yang tinggi jika mereka pandai untuk mempromosikan dan mengaplikasikan teknik SEO kepada blog mereka. Contoh blog informasi ialah macam blog jamal nie, hehe. Promote blog sendiri sikit www.jamaluddin.net

4. Blog Komuniti

Korang juga boleh menghasilkan sebuah blog untuk sesebuah persatuan ataupun komuniti tertentu. Kebanyakan persatuan dan komuniti sukar untuk mendapatkan ahli dan dengan kemudahan internet, blog dan Facebook ini ianya manjadi mudah bagi mereka untuk mempromosikan persatuan mereka itu. Dengan blog juga, blogger boleh meletakkan ruangan forum untuk para ahli komuniti tersebut berbincang dan menyuarakan sebarang pendapat untuk kepentingan komuniti. 

Ini dulu jamal kongsikan dulu ye, InsyaAllah untuk post akan dating Jamal akan kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan “Kepentingan Niche untuk Blog”.

“Sharing Is Caring”



cara memilih niche blog | niche blog | cara memilih jenis blog | jenis-jenis blog | cara memilih kategori blog | cara pilih niche blog | tips memilih niche blog | apakah niche blog | maksud niche blog

18 comments:

Syuxer said...

tq bro akan info ni..rasanya blog aku ni cam blog informasi sikit2 heheh campur2 dnegan peribadi eheh..:)..baru aku faham niche blog ni

izzafey said...

tq for info tuan muda jamal....nice entry, btw gue rasa blog gue blog informasi..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Bagus la tue Syuxer. Niche nie mcam kategori blog kita la kirenye. Bila dah tetapkan niche blog nie senang sikit kita nak main teknik SEO pulak nanti..:-)

Your Welcome bro Izzafey..:-)

abutalib said...

Terima kasih encik jamal..Blog yang sentiasa menjadi rujukan :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-Sama...InsyaAllah Jamal cube kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk sahabat-sahabat semua ye..

phycrewz said...

sebelum ni blog aku tuk member2 kuliah kumpul, pas dah abis..jadi blog informasi pula..

fahmimustakim said...

blog saya dah tukar,masa create blog 2 tahun dulu,banyak crite time belajar..skg sume jenis cerita dah masuk..huhu..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Bagus-bagus..gud luck semua dengan kategori blog masing-masing ye. Jamal suka singgah blog informasi je sebenarnye..hehe..:-)

tia @ Ini Kisah Tia said...

blog Tia macam banyak informasi lah . cuma kadang2 terselit sikit peribadi . har3x !

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Yeke..Jom jamal terjah blog Tia pulak ye...

reezluv said...

tima kasih..memang niche blog amat memberi kesan kepada blog aku..sudah semestinya cara nak memilih niche tu pun kena pandai..

kena digg keyword dalam-dalam..lepas tu baru dapat niche sebenar..Health ke,Finance ke,Sport ke,Travel ke..itu antara niche yang amat hot..:D

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

betul tue reezluv..Blog Jamal nie belum ade niche yang tersendiri lagi..masih bersifat General lagi..

ajumohit said...

tq jamal...tips berguna utk new blogger

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

sama-sama kak..:-)

LensaHp said...

Nak guna niche belasah ikut suka pun boleh... Hahaha...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Memang la boleh..tapi susah la sikit bila nak main SEO..hehe

MyKeyPad said...

Betul tu,blog informasi memang cepat dapat visitors banyak.Macam blog aku tak sampai setahun average daily visitors dah 2k.

Jamaluddin Abu Bakar said...

hebat, tahniah bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...