POWER OIL AND GAS

Exabytes Mencari 100 Blogger Untuk Pengiklanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jamal nak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan satu lagi peluang untuk menjana duit melalui blog. Ianya adalah melalui penjualan/pengewaan ruang iklan di blog korang semua. Dan untuk kali nie, Exabytes sedang mencari 100 Blogger untuk mengiklankan produk diorang iaitu domain dan hosting. Korang boleh rujuk Facebook Exabytes untuk maklumat lanjut ye. Bukti pencarian 100 Blogger tue korang boleh tengok dibawah nie ye.


Dan untuk pengetahuan korang semua, Jamal dah email kepada charles@exabytes.com.my dan marketing @exabytes.com.my dan blog ini telah dipilih oleh Exabytes untuk diletakkan iklan diorang. Korang boleh tengok bawah header blog nie dah ade iklan baru iaitu iklan Exabytes. Alhamdulillah rezeki tue.

Dan syarat minimum untuk mendaftar bagi menjadi 100 Blogger pilihan Exabytes nie ialah blog korang mempunyai minimum average 130 unique visitors sehari. Dan pihak Exabytes akan menyewa ruang iklan blog korang selama 3 Bulan. Duit bayaran die pulak lebih dari cukup la kalo korang nak buat bayar duit beli domain sendiri.

Kepada yang menepati syarat minimum average 130 UV sehari dan berminat untuk menyewakan ruang iklan blog korang kepada pihak Exabytes. Korang bolehlah layari Facebook Page Exabytes ataupun terus email kepada marketing @exabytes.com.my atau charles@exabytes.com.my untuk maklumat lanjut. Sekiranya korang nak apply, emailkan sekali screen shot traffic blog korang ye.

 Good Luck Semua, Jom kongsikan dengan 
rakan Blogger yang lain ye.
"Sharing Is Caring"

25 comments:

miss ryrinn _ angin said...

jamal . saya punye blog x konsisten laa . kejap sampai , kejap tak . hue . boleh ke join . adess . sedih ah trafik ciput . kalau x boleh join .

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Yeke..kalo nak try apply boleh je..Tapi kalau rase x boleh maintain traffic tue dalam masa 3 bulan nie. Better x payah apply la.

Sebab dalam agreement ade sebut kalau x boleh maintain separuh dari traffic yang kita claim mase mula-mula apply dengan Exabytes tue, diorg ade hak untuk x bayar kita punye payment..

Tapi why not try kan..mana tahu ade rezeki terpilih ke..hehe

Gud luck ye..:-)

Miecyber said...

Tahniah...

Blog saya terpilih jugak..

Ais Artik kian cair

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Tahniah jugak untuk Miecyber..

fahmimustakim said...

tak mampu..hukhuk..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Takpe..sabar dlu ye Pamie..InsyaAllah ade rezeki nanti..:-)

KiD said...

dah.. thanks.. sesama iklankan exabytes..

Tips Earning dan Cashout ChurpChurp!

Sya Isya said...

nak try juga. untung sabut timbullah..

abutalib said...

Terima kasih TT

Syuxer said...

tak menjejaskan status glitterati nuffnang ke?

saya x reti nak taip permohoan ke bahasa inggeris ni...bahasa melayu bolehla..dia terima ke permohonan yang bertaip bahasa melayu?

nak tengok kat mana syarat2 dia?

Syuxer said...

saya dah antar dah email kat dia..tpi bahasa melayu n sertakan bukti trafik kehadiran UV pkai nuffnang..hhuhuh...arap2 diterima..memang berbaloi ke kalau ambik dorang sewa iklan kat blog kita??

Apple Foodees said...

Hi,

Agak-agak, berapa bayarannya? Adakah bayarannya lebih daripada iklan Nuffnang?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Your Welcome KiD

Gud Luck Sya Isya.

Sama-Sama Abu Talib.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Rasenye takde masalah Syuxer sebab Exabytes nie bukan Syarikat pengiklanan internet. Bukan jugak pesaing Nuffnang mcm manggads,innity,adverlets dan sebagainya..

Gud Luck Syuxer..

Nak kata berbaloi tue xde la. Berpatutan la dengan traffic korang..nak demand lebih-lebih pun x boleh..Lainla traffic dah cecah ribu-ribu kan..:-)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Jangan fikir bayaran die dulu, email diorg dah terpilih dulu. Then baru cerita pasal bayaran. Ape yang jamal boleh cakap, bayaran untuk 3 bulan tue cukup la untuk buat bayar duit beli domain sendiri..:-)

AMMAR YASIR said...

Nak jugak nak jugak

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Cepat Ammar..hehe

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

owh,tidak layak gtu.. =(

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Yeke..takpe la cik Nusha..maybe rezeki next time ye..

iza said...

Assalam..
Dah lama apply dan dah dapat bayaran pun minggu lepas...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussalam iza,

Alhamdulillah,bagus la kalau macam tue. Jamal baru je tahu pasal bende nie, tue pun naseb baik la sempat apply..

Abie Abdullah said...

Assalam,

Tumpang lalu je la sbb x mampu lg nk dpt UV byk2 gitu..huhu...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussalam Abie,

Takpe,InsyaAllah lain kali ade rezeki lain pulak ye..

adibdaddy said...

blog saya tak mampu nak dapat tiap2 hari.. sebab internet tak berapa ok... huhuhu

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Takpe la adib, mungkin rezeki kat tempat lain pulak kot..InsyaAllah usahakan mantapkan blog dulu then mesti mencurah-curah rezeki masuk nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...