POWER OIL AND GAS

Kepentingan dan Kelebihan Alexa Rank


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Semalam Jamal dah kongsikan dengan anda semua berkenaan pengenalan kepada Alexa Rank (Apakah Alexa Rank). Hari nie Jamal sambung lagi perkongsian dengan anda semua berkenaan dengan Kepentingan dan Kelebihan Alexa Rank ini pula. Sesiapa yang masih blur mengenai Alexa Rank nie, boleh baca post semalam ye. Apakah Alexa Rank

Boleh dikatakan bahawa semua Search Engine termasuk Google mementingkan nilai Alexa Rank sesuatu blog itu. Kerana bagi mereka, website yang memiliki alexa rank yang rendah adalah blog-blog yang penuh dengan informasi dan sangat dipercayai oleh pelayar internet. 


Dan sudah semestinya blog-blog ini akan menjadi keutamaan kepada enjin-enjin carian dalam proses meng-indeks blog mereka. Sekiranya blog anda memliki Google PageRank yang tinggi tetapi Alexa Rank blog anda sehingga berjuta-juta nilainya, sudah pasti anda tidak akan berjaya menawan hati Search Engine jika anda mahu mengaplikasikan teknik SEO.

Dalam penarafan SEO dan SERP, jika anda berkongsi kedudukan PR1 dengan ramai lagi blogger, anda masih mempunyai penarafan yang lebih baik jika Alexa Rank anda adalah lebih tinggi daripada kebanyakan blogger di dalam PR yang sama. Blog anda akan mendapat keutamaan yang tinggi untuk dipilih.

Alexa rank juga sangat penting sekiranya anda ingin meletakkan dan menyewakan ruang pengiklanan. Ini kerana Alexa Rank akan sentiasa berubah setiap hari kerana Alexa Crawl akan melawat blog anda untuk menilai prestasi semasa blog tersebut. Oleh itu, Alexa Rank ini akan menunjukkan kestabilan trafik blog anda. Blog atau website yang memiliki rank alexa yang tinggi akan menjadi pilihan dan keutamaan pengiklan untuk meletakkan iklan mereka di blog/website tersebut.

Jamal ulangi sekali lagi bahawasanya semakin rendah alexa rank blog anda, semakin tinggi kepercayaan enjin carian kepada blog anda. Dan semakin bernilailah blog anda. Di situlah kelebihan sebenar alexa rank ini.




kepentingan alexa rank | alexa ranking | alexa logo | kelebihan alexa rank |  apakah alexa rank | apa itu alexa rank | kelebihan alexa ranking | alexa rank malaysia | kepentingan alexa ranking

15 comments:

Syuxer said...
This comment has been removed by the author.
Syuxer said...

emm berapa agaknya hasil pendapatan akan dapat sekiranya alexa sudi sewa iklan kat dalm blog kita??

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Ish Syuxer nie,

Alexa tue bukan syarikat pengiklanan la, die hanya sediakan servis untuk mengetahui ranking sesuatu blog je..hehe

cik Ida said...

alexa saya so far-far away.. hehehehe... still ratus riban lagi.. adey!

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Xpe cik ida..Alexa Rank cik ida 1,131,715 kan..

Boleh usaha lagi tue, slow-slow dapatkan pembaca setia blog kita. Memang memakan masa untuk berjaya kan..

Ila said...

perkongsian yg bagus..masih belajar lagi

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Ila. Kita semua sama-sama belajar ye, Jamal pun xde la hebat sangat pun.

Just praktikkan tips yang dapat dari otai-otai blogger. Bila dah berjaya nanti baru la Jamal kongsikan dengan korang semua kat sini ye...

abutalib said...

Terima kasih bro jamal

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-Sama..:-)

Muhammad Helmi said...

info yang sangat berguna....

Jemput Datang Ke Blog Saya

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Helmi..:-)

"Sharing Is Caring"

reezluv said...

ngah menunggu, dapat ke capai target 100K dalam tahun ini..adus

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

InsyaAllah kalau usaha mesti boleh capai punya. Macam Jamal nie masih jauh lagi perjalanan dia..Sabo je la..

SpeakerSekolah said...

Gud inpo..mne lg pentng ranking dlam ngara atau luar ngara?


Datang naik gogle

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

kalau blog bahasa melayu dan target traffic nak dapatkan dari dalam negara, better ranking dalam negara.

Tapi kalau blog english dan target visitor dalam seluruh dunia,ranking dunia lagi penting la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...