POWER OIL AND GAS

Perbezaan Hosting dan Domain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Sempena Jamal sudah bertukar ke Domain sendiri semalam, jadi hari ini Jamal mahu kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan perbezaan diantara Hosting dan Domain. Mungkin ramai diantara anda semua yang sememangnya sudah mengetahui perbezaan ini. Kepada yang sudah tahu tue, anggaplah ini sebagai ulang kaji sahaja ye. 

HOSTING

Untuk mudah difahami, hosting boleh diibaratkan sebagai rumah yang anda sewa/beli. Hosting digunakan untuk anda meletakkan dan menyimpan kandungan blog anda, gambar-gambar didalam blog dan sebagainya.

Terdapat dua jenis hosting iaitu Hosting percuma dan Hosting berbayar. Untuk hosting percuma, anda boleh gunakan hosting yang disediakan oleh pemilik hosting seperti blogspot.com ataupun wordpress.com.

Beza hosting percuma dengan hosting berbayar ialah anda boleh lakukan apa sahaja dengan hosting berbayar tadi kerana anda telah menyewa/membeli rumah tersebut. Dan anda boleh meletakkan apa sahaja didalam website/blog anda selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melebihi ruang/saiz hosting yang telah anda beli tadi. Manakala untuk hosting percuma, website/blog anda adalah dibawah kawalan dan seliaan pihak yang memberi pinjam hosting tadi. Dengan hosting percuma ini, website/blog kita berisiko untuk dibuang/didelete oleh pihak pemberi pinjam tadi.

 DOMAIN

Domain pula ialah ibarat alamat kepada rumah/hosting anda tadi. Terdapat dua jenis domain iaitu Domain Sendiri dan subdomain. Contoh domain sendiri ialah jamaluddin.net, jamaluddin.com dan sebagainya. Manakala contoh subdomain yang diberikan percuma oleh Blogspot dan Wordpress ialah jamaluddin.blogspot.com ataupun jamaluddin.wordpress.com.

Kepada sesiapa yang mahukan domain dan hosting sendiri, anda boleh beli di mana-mana syarikat hosting dan domain yang wujud di malaysia ni, contohnya NetKL dimana syarikat penyedia hosting ini menawarkan domain berharga RM 29.95 setahun. Memang amat berpatutan. Untuk pengetahuan anda semua, Jamal beli domain ini dari NetKL la sebenarnya.. :-)

12 comments:

peep said...

saya pakai blogspot cukup la kott.. x kene buang kott blog tuh merepek je.. haha :p

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Nie kisah benar la, ade blogger yang blog die penah kena delete or banned by google..Tapi selagi kita tak publish benda-benda yang salah, takde masalah rasenya nak pakai blogspot tue..:-)

Anak Ulu Cheka said...

dah 5 bulan ade domian dan hosting sendiri puas hati weh ade rumah sendiri, tapi nak mula semula tu letih sikit kena kerja kuat. elexa dan pagerank merundum biasa la tu...sekejab je

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Betol la bro..nie Jamal kena kerja kuat lagi la. Pastikan entry semuanya berkualiti untuk tarik ramai lagi visitors kan..wish me luck ya..:-)

Blogger Tutorial said...

Thanks lihat juga Merubah Judul Untuk SEO

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Orait..Thanks for sharing it

tice su said...

betul tuh, ade blogger blognya kene delete...mmg blog tu x penting tp jadi penting bila kita benar2 memerlukannyakan...hehe!


ticesu.com

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

SETUJU...thanks teacher su..:-)

reezluv said...

yg tak best hosting Malaysia ni,takde yang leh letak unlimited add on domain..huuhu..kalau ada pun mahal sesangat..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Jamal tak tahu sangat pasal hosting nie. Memang ada rancangan nak pakai hosting sendiri, tapi tak pandai nak guna wordpress pulak..adohai..

iPai said...

brapa banyak syarikat kat malaysia ni offer domain ? n antara yg d best ?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Macam-macam company ade kat Malaysia nie..Jamal beli dari NETKL sebab servis diorang bagus dan pantas

Company lain ade Exabytes, DataKL dan lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...