POWER OIL AND GAS

Visi dan Misi Jamaluddin.net


link>
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jika sebelum nie Jamal dah kongsikan dengan korang semua berkenaan Tujuan dan Halatuju  Berblogging. Kini Jamal kongsikan pula Visi dan Misi blog Jamal nie. Ia bagi menetapkan halatuju blog nie dan mengelakkan daripada menjadi kucar kacir dikemudian hari. Diharapkan korang juga mempunyai Visi dan Misi yang tersendiri ye.
Sebelum tue mari kita fahami makna disebalik perkataan Visi dan Misi itu sendiri. Visi merupakan tujuan sesuatu perkara itu. Visi boleh dibahagikan kepada Visi jangka pendek (contohnya sebulan@setahun) dan Visi jangka panjang (3 tahun dan seterusnya). Manakala Misi pula ialah cara dan langkah-langkah yang perlu kita laksanakan untuk mencapai Visi yang telah kita tetapkan tadi.
Apakah Visi dan Misi Jamaluddin.net ?
VISI
  • Menjadi sumber rujukan dalam Ilmu Agama, terutamanya dari segi Ilmu Tauhid dan Tasawwuf. Juga menyebarkan jadual Kuliah dan Majlis Ilmu disekitar Malaysia.
  • Menjadi sebuah blog yang penuh dengan informasi untuk para blogger terutama dari segi tips & tutorials.
  •  Memiliki ranking alexa (<100,000) serta mendapat Google pagerank (PR>3).
MISI
  • Update blog paling kurang sehari sekali.
  • Menghasilkan entry yang berkualiti, berguna serta menarik perhatian pembaca
  • Memberikan feedback kepada komen pembaca dalam masa 24 Jam.
  • Rajin blogwalking ke blog sahabat-sahabat lain dan menjalin hubungan yang baik sesama blogger.
  • Bertapa dengan otai-otai blogger untuk mempelajari teknik SEO sehingga expert.
  • Menganjurkan pelbagai contest untuk para pembaca setia blog ini dan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik.
  • Menyewa ruang iklan di blog lain untuk mempromosikan blog ini.

 Begitulah serba sedikit Visi dan Misi blog Jamal nie, besar kemungkinan Visi dan Misi ini akan berubah mengikut peredaran masa. Bagaimana pula dengan korang semua?, dah tetapkan Visi dan Misi blog masing-masing ke blog. Kalau sudah, sila la kongsikan bersama Jamal ye kawan-kawan.


"Sharing Is Caring"


13 comments:

Miecyber said...

Wawasan yang jelas dan bernas.Tahniah Bro.


Burung Walit

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Miecyber..
Tapi belum boleh ucap tahniah lagi nie, perjalanan masih jauh. Nanti kalau nak berjaya capai salah satu daripada VISI tue boleh la celebrate sama-sama..hehe..InsyaAllah, AMIN...

Najlaa 'Aqilah said...

memang cool la jamal!

psst; nk tanya boleh? u engineer apa? ada tak comp engineer kt oil n gas company? heee ;P

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks cik Najlaa Aqilah..wish me luck ya..

Jamal Electrical Engineer...Untuk computer engineer ye..rasenye ade je,untuk IT la kan..tapi mungkin peluang kerja tue x banyak. Kalo ade pun mungkin dengan company oil n gas yang besar2 la kot.

Jamal nie keje ngan company biase2 je..hehe

sabree hussin said...

semoga tercapai semuanya

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

InsyaAllah..Thanks Bro Sabree..

abutalib said...

Perlu belajar dengan bro jamal ni :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Hehe..Jamal mane de hebat pun..Biase-biase je la. Tapi kalau nak minta bantuan tue, InsyaAllah la Jamal cuba bantu mana yang mampu ye..:-)

SaraHSsl said...

go go jamal..perlu tetapkan misi blog sendiri gk ni..:)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Sarah..

Btol tue, kena ade visi dan misi blog sendiri..Baru la blog tue nanti tak serabut dan ade niche die tersendiri..senang sikit nak tawan teknik SEO nanti..

feyus said...

huyoo. tahniah bro.. sekurang-kurangnye ia memberi lbh semangat dlm bloging.:)
Gula naik 20 sen...Gaji bila nak naik?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks feyus,

Betul tue, bila ade matlamat, setiap hari kita akan sedar yang kita sedang mengejar dan menghampiri matlamat dan impian tersebut.

Dan secara tidak langsung, ia akan menyuntik semangat untuk terus berusaha ke arahnya..

Gud Luck untuk semua..

saljuhumairah said...

Tahniah, semoga maju dan berjaya...
banyakkan artikel tentang tassawuf... mutiara yang sukar ditemui zaman sekarang... zaman fitnah yang berleluasa..

semoga kita semua mendapat pencerahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...