POWER OIL AND GAS

Bagaimana Enjin Carian Berfungsi | Search Engine | SEO

 Sambungan dari "Panduan Asas SEO (2)"

Untuk tips kali ini, Jamal akan menerangkan kepada anda semua bagaimana sesebuah enjin carian itu berfungsi. Jamal akan memberi penerangan berdasarkan kepada enjin carian Google. Ianya adalah hasil dari pemahaman dan praktikal Jamal melalui sebuah E-Book yang telah dikeluarkan oleh pihak Google sebagai panduan kepada webmasters. E-Book tersebut bertajuk “Google Search Engine Optimization Starter Guide”. Kepada sesiapa yang ingin memiliki E-Book ini secara percuma, anda semua boleh tinggalkan email dan Jamal akan emailkan e-book tersebut kepada anda nanti.


Didalam mengindeks dan menetapkan Search Engine Ranking Page (SERP) untuk sesebuah web/blog bagi sesuatu keywords (kata kunci), pelbagai faktor diambil kira oleh Enjin Carian (Search Engines). Jika sebelum ini Jamal sudah kongsikan berkenaan dengan 5 faktor dan tips iaitu :-
  1. Domain age (umur domain)
  2. Web hosting geographic (Lokasi Web Hosting)
  3. Google Pagerank (PR) domain
  4. On page SEO dan off page SEO
  5. Keywords competition (Perlawanan Kata Kunci)
Maka untuk kali ini, Jamal ingin menerangkan  bagaimana sesebuah Search Engines (enjin carian) itu berfungsi dan bagaimana ia mencari keywords (kata kunci) didalam blog kita. Diantara elemen-elemen penting yang diambil kira oleh enjin carian (search engines) didalam mencari (crawl) kata kunci didalam blog mahupun entry kita ialah :

  • Blog Title (Tajuk Blog)
  • Blog Description (Meta Tag)
  • Title for each page (Tajuk Entry/Post)
  • Page’s Content (Isi Entry/Post)
  • Structure of your URL (Setting URL yang betul)

Berkenaan dengan Tajuk Blog, Jika blog atau entry anda muncul di halaman hasil carian, Tajuk Blog biasanya akan muncul di baris pertama hasil enjin carian (search engines). Perkataan dalam tajuk blog akan ditebalkan (bold) jika keywords (kata kunci) sama dengan hasil dari carian pengguna. Ini dapat membantu pengguna mengenal pasti jika halaman itu mungkin relevan untuk mereka ataupun tidak. Untuk memilih tajuk laman web/blog , anda boleh meletakkan nama perniagaan ataupun perkataan yang berkenaan dengan niche blog anda. Lihat gambar dibawah ini bagaimana Tajuk Blog berfungsi didalam enjin carian (search engines), perhatikan keywords (kata kunci) yang diboldkan.



Begitu juga dengan penggunaan Blog Description ataupun lebih dikenali sebagai Meta Tag didalam hasil enjin carian (search engines).  Anda boleh lihat gambar dibawah dan perhatikan keywords (kata kunci) yang diboldkan.
 


Mengenai Tajuk Entry/Post pula, seeloknya anda pilih yang bersesuaian dengan isi (contents) entry anda itu. Buat tajuk yang unik untuk setiap halaman, ianya akan membantu enjin carian (search engines) seperti Googleuntuk mengetahui  perbezaan di setiap entry/post di blog anda. Tajuk juga mestilah ringkas, pendek dan bermaklumat. Jika tajuk terlalu panjang, Google akan menunjukkan hanya sebahagian daripadanya dalam keputusan carian. Menggunakan tajuk yang sangat panjang dan tidak berfaedah kepada pengguna adalah tidak diperlukan dalam tajuk entry/post anda. Elakkan juga daripada memilih tajuk yang tidak mempunyaihubungan dengan kandungan di entry/post anda. Seperti menggunakan tajuk yang tidak membawa apa-apa makna seperti "Untitled" atau "New Page 1".

Elemen penting seterusnya ialah mengenai isi dan kandungan sesebuah entry/post didalam blog anda  itu. Seperti yang Jamal sudah kongsikan sebelum ini didalam “Panduan Asas SEO(2)”, keywords density(kepadatan) yang terbaik bagi satu-satu keywords itu adalah 2-3%. Bermakna setiap 100 patah perkataan didalam entry/post, anda perlu mempunyai 2-3 keywords yang anda ingin enjin carian (search engines) mencarinya. Dengan ini, kejayaan untuk entry anda memenangi sesebuah persaingan keywords (kata kunci) di enjin carian adalah semakin tinggi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa URL untuk setiap entry dan post anda akan dipaparkan sebagai sebahagian daripada hasil carian di Google, ianya di baris ketiga dalam enjin carian iaitu dibahagian bawah tajuk dan meta tag entry itu. Google sebenarnya akan merangkak (crawl) ke semua jenis struktur URL, walaupun ianya agak kompleks. Tetapi dengan membuat URL anda semudah mungkin akan dapat memudahkan kedua-dua pengguna dan enjin carian. Harus diingat bahawa URL ini tidak boleh diubah setelah anda mem-publish entry/post anda. Hanya tajuk entry sahaja anda boleh ubah tetapi URL untuk entry tersebut akan tetap sama sahaja. Jadi fikir dan buatlah kajian sebelum meletakkan tajuk untuk sesebuah entry anda itu.











asas seo, search engine optimization, basic seo, seo e-book, seo e-book percuma, panduan asas seo, belajar seo, cara belajar seo, cara tingkatkan traffic dengan seo, seo tambah traffic, belajar seo blog, belajar seo wordpress, belajar seo wp, On-page SEO, off-page seo

13 comments:

waN Mohd Salim said...

waaaaa cikgu SEO .. ajar ps

wan_cikgumuzik said...

good info..!! thanks bro..!!

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Your welcome Bro Wan..:-)

"Sharing Is Caring"

Satria Utama said...

salam en jamal..
sy ada 1 soklan nie...huhu.tpi xde kaitan ngan entri ni..
nk tnye tntg BE nuffnang, sy ade 3 blog didaftar ngn nuffnang, 2 drpdnya mmg laju n byk UV stiap ari, 1 blog lgi skit ja xsmpai 10 uv ..adakah syarat utk dpt BE perlu kan ketiga tiga blog tu kne ade byk uv jgk?
thanks...terus maju en jamal :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussalam Satria,

Tak perlu pun, BE akan diberi ikut sesebuah blog. Kalau ade 3 blog, mungkin ketiga-tiganya boleh dapat BE sekaligus dan mungkin jugak blog yang tinggi UV dapat BE dan blog yang sikit UV tak dapat BE.

Tap perlu banyak sangat. Kalau maintain dalam 50-100 UV pun dah kira ok la tue..:-)

azrijohan said...

wahhh,menarik ni..
nak belajar lagi...walaupun banyak lg yg x paham-.-

ni email sy
azrijohan93@gmail.com

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah Jamal dah emailkan E-Book SEO tersebut untuk Azri..boleh check email ye..

Good Luck

puanbee said...

harus belajar ni kalau boleh emailkan ke saya juga :)

tie2kay@gmail.com

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..Jamal dah emailkan e-book tersebut untuk rujukan PB..:-)

waN Mohd Salim said...

blog awak saye pomote dalam entry ni

http://www.penulissenja.com/2011/06/ciri-ciri-blog-yang-di-sukai-google.html

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks PS..Jamal datang baca nie..:-)

Borneo Ghost Stories said...

post yg sangat menarik, ringkas dan padat. byk entry begini saya baca, tp kebanyakkannya mengarut, cuma ingin menarik click ke page mereka..congrats!

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks Borneo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...