POWER OIL AND GAS

Bahaya Cinta Dunia


Cinta dunia adalah pangkal kepada segala kesalahan dan merupakan sebab dari segala fitnah. Apabila cinta dunia itu menguasai hati setiap hamba,-NYA ,ia akan merosak hati itu dan menjadikannya hancur lebur. Kerana mencintainya merupakan pangkal kesalahan, membencinya merupakan pangkal ketaatan dan kebaikan. Maka janganlah sampai kesibukanmu didunia menjauhkanmu dari Tuhan.

Maka wajib bagi seorang hamba itu untuk zuhud didunia dengan cara tidak terlalu bergembira terhadap apa yang telah ia capai dan tidak susah terhadap sesuatu yang tidak ia dapatkan. Sepertimana hadis Nabi SAW :


"Barangsiapa cinta dunianya,ia akan memudharatkan akhiratnya, Dan barangsiapa cinta akhiratnya, ia akan mengorbankan dunianya, maka lebih utamalah sesuatu yang kekal daripada sesuatu yang rosak" (HR AHMAD dalam AL-MUSNAD)

"Barangsiapa yang niatnya adalah akhirat,maka Allah akan mengumpulkan segala keperluannya, dan dijadikanNya ia kaya hatinya, dunia akan mendatanginya secara hina. Dan barangsiapa yang niatnya adalah dunia, Allah akan mencerai-beraikan urusannya, dan akan menjadikan kefakiran didepan atasnya, dan Dia tidak akan memberikan dunia kepadanya kecuali apa yang telah Allah tetapkan baginya"(HR IBNU MAJAH DAN TIRMIZI)

Ali R.A berkata "Hanya dua hal yang aku takutkan pada kalian semua ; panjang angan-angan dan menuruti hawa nafsu. Kerana panjang angan-angan akan melupakan akhirat dan menuruti hawa nafsu akan memalingkan seseorang dari kebenaran. Dunia jalan mundur, sedangkan akhirat berjalan kedepan, masing-masing adalah hamba, maka jadilah hamba akhirat dan janganlah kamu menjadi hamba dunia kerana hari ini hanyalah beramal dan tidak ada hisab, sedangkan hari esok ada hisab dan tiada amal lagi.



cinta dunia | bahaya cinta dunia | bahaya cinta kepada dunia | akibat cinta dunia | cinta kepada dunia | fitnah dunia | cinta akhirat | zuhud | bahaya cinta akan dunia

2 comments:

ajumohit said...

allahuakbar, terima kasih kerana mengingatkan...syukran

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Afwan ya ukhty..Inilah suatu peringatan buat Jamal sendiri dan para sahabatku sekalian..InsyaAllah..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...