POWER OIL AND GAS

Blog Review oleh Jamaluddin.net #7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.


Jamal sambung “Segmen Blog Review oleh Jamaluddin.net” dengan 3 blog lagi dan yang terakhir untuk segmen nie. Dan mohon maaf kepada semua yang dah join segmen nie kerana Jamal lambat siapkan review blog korang. Ini disebabkan Jamal sibuk uruskan adik Jamal untuk pendaftaran masuk ke Universiti.

http://dzatunnithaqaini.blogspot.com
Blog pertama yang Jamal nak review untuk entry terakhir nie ialah blog “Dzatun Nithaqaini”. Dan cadangan Jamal untuk penambah baikkan blog nie ialah :
  • Buangkan video youtube dibahagian bawah tue, ianya akan melambatkan loading page blog Dzatun nie nanti.
  • Chatbox dipindahkan ke bahagian atas sidebar supaya mudah pengunjung nak tinggalkan komen dan jejak.
  • Warna hijau muda yang digunakan di bahagian sidebar itu kelihatan tenggelam dan tidak menonjol. Cube cik Dzatun tukarkan warna font tersebut kepada warna hitam. Jamal rasa tulisan dan link dibahagian sidebar itu akan lebih kelihatan menarik nanti.
Kawan-kawan boleh singgah blog cik Dzatun di sini ye.



Blog kedua Jamal nak review ialah blog “Aku Punya Suka“. Cadangan Jamal untuk blog nie antaranya ialah :-

  • Kalau boleh, gunakan hanya satu bahagian sidebar sahaja sama ada right sidebar ataupun left sidebar. Jika menggunkan dua sidebar, blog kita akan kelihatan padat dan berserabut.
  • Tukarkan jenis font dan saiz font yang digunakan. Font yang digunakan sekarang nie kelihatan kecil dan sukar untuk dibaca.
  • Boleh design dan buatkan Header untuk blog ini ye. Ianya sebagai melambangkan identity blog kita yang tersendiri. Tapi kalau tak nak buat pun takpe, sekadar cadangan je kan
  • Cube check dan semak balik semua widget yang diletakkan dibahagian sidebar blog “Aku Punya Suka”. Pastikan hanya widget yang benar-benar penting sahaja diletakkan. Mana yang tak penting tue boleh buangkan ye macam widget calendar dan sebagainya. Itu semua akan melambatkan loading page blog nie nanti.
 
http://nurfuzie.blogspot.com
Blog terakhir Jamal nak review nie ialah blog milik “Cik Intan”. Komen Jamal untuk blog nie ialah :-
  • Jenis dan saiz font yang digunakan sekarang ini sukar untuk dibaca dan kelihatan kecil. Seeloknya  cik Intan boleh tukarkan jenis dan saiz font yang digunakan untuk menulis post/entry tue.
  • Begitu juga halnya untuk jenis dan saiz font yang digunakan untuk link dibahagian sidebar. Kalau boleh, cik intan semak balik semua jenis font dan saiz untuk keseluruhan blog nie ye. Boleh jadikan blog-blog otai sebagai panduan untuk mendapatkan gambaran jenis font apa yang pembaca suka.
  • Lagi kemas kalau cik Intan boleh buatkan border untuk setiap widget dibahagian sidebar tue. Biar nampak perbezaan diantara setiap widget yang diletakkan.
  • Untuk tulisan di header blog cik Intan tue Jamal tengok macam ade spelling error je, hehe. Cik Intan tulis “Offical Blog” kan, tapi Jamal rase spelling yang sebetulnya ialah “Official Blog”. Boleh betulkan nanti ye.
Buat masa nie Jamal komen berkenaan dengan hal-hal diatas tue dulu la ye cik Intan. Jom terjah blog cik Intan kawan-kawan.


Dan berita baik kepada blog-blog yang Jamal dah review ialah secara automatic Jamal akan letakkan link blog diorang dalam blog terbaru Jamal iaitu malaysiandirectory.blogspot.com. Jamal akan asingkan semua blog yang dah join segmen Jamal mengikut kategori masing-masing, nanti senang Jamal dan rakan-rakan semua untuk buat blogwalking dan juga dijadikan sebagai rujukan.

4 comments:

eintan nurfuzie said...

cik jamal...mmg cik en nk uat border tuk gadjet...tp xde...2 yg cik en x buat..nk betulkan yg mana yek...gadjet yg de cume untuk tukar font n kaler font sje

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

cube cik en refer tutorial nie. Hope ianya membantu ye. Kena pandai edit HTML code tue la untuk tukar macam-macam benda dalam blog kita.

CARA BUAT BORDER UNTUK POST

CARA BUAT BORDER UNTUK SIDEBAR

misscha said...

salam en jamal, misscha nk minta tolong komen blog misscha, adakah berat? atau sebarang komen yg boleh memperbaiki blog saya..trimas...

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Waalaikumussalam..

InsyaAllah kalau Jamal ade masa nanti Jamal singgah dan komen blog misscha ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...