POWER OIL AND GAS

Tanda-Tanda Hari Kiamat


Telah berkata Al-Imam Baihaqi bahawa TANDA-TANDA HARI KIAMAT yang kecil adalah seperti yang disebutkan dibawah ini :-
  1. Tidak ada orang yang memperhatikan urusan-urusan agama apalagi membantunya. Rasulullah SAW bersabda : “Akan datang suatu masa kepada ummatku, perumpamaan orang yang teguh dan sabar memegang agamanya sama dengan orang yang menggenggam bara api.”
  2. Ramai orang beribadah tetap tidak dilandasi ilmu yang memadai.
  3. Ramai orang yang pandai membaca Al-Quran dan menghafalnya tetapi perilakunya sombong dan tidak bermoral. Qurra’un fasaqatun (pembaca Al-Quran yang fasiq).
  4. Kaum muslimin saling bermegah-megahan dalam mengimarahkan masjid yang tidak diimbangi dengan peningkatan ibadah.
  5. Banyak terjadi pemutusan persaudaraan dan sanak saudara.
  6. Orang yang amanah tetapi tidak pernah ada kesempatan mendapat kepercayaan. Dan sebaliknya seorang pengkhianat tetapi seringkali mendapat kesempatan dan kepercayaan.
  7. Hilangnya bulan, sehingga seringkali bulan tidak menampakkan dirinya diwaktu yang menurut hisab bulan dapat dilihat. (cth: rukyah seringkali tidak berjaya melihat hilal).
  8. Ajaran zuhud dan tasawwuf hanya tinggal cerita di podium dan di mimbar. (cth : amalan zuhud dan tasawwuf hanya teori dan disuarakan para penceramah, tetapi tidak ada yang melaksaakannya).
  9. Ramai orang yang berpura-pura berperilaku wara’. Perilaku wara’ seringkali hanya pura-pura belaka.
  10. Semakin sulit ditemui orang yang soleh. Sehingga yang ada dialam dunia ini majoritinya ialah orang-orang yang tidak bermutu,generasinya hanya tinggal generasi yang tidak berguna(berkualiti) saja.
  11. Kehadiran anak seringkali membuat orang tua marah-marah.(kerana tidak ada kepatuhan).
  12. Kehadiran hujan seringkali tidak membawa kemakmuran dimuka bumi ini. Bahkan seringkali membawa bencana dan malapetaka.
  13. Orang yang berperangai buruk telah bermaharajalela disemua sektor kehidupan.(baik disektor pemerintahan,perdagangan dan keagamaan)
  14. Kepimpinan masyarakat banyak yang dikuasai oleh orang munafik yang ada dikalangan mereka. Dan yang menjadi pemimpin mereka adalah orang fasiq dan tidak berbudi pekerti.
  15. Mihrab dan mimbar banyak dibangunkan dibanyak tempat, tetapi hati mereka kosong dan tidak berisi. Majlis ta’lim banyak yang muncul tetapi kehadiran nya tidak mampu mengisi hati.
  16. Terjadinya globalisasi industri perdagangan sehingga seringkali dijumpai wanita (yang semestinya menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak – sibuk dengan perdagangannya).
  17. Ilmu pentadbiran dan tulis menulis semakin meluas. ( menurut Ibnu Masud, yang dimaksudkan dengan tanda hari kiamat yang nombor 17 adalah, semakin tersebar ilmu bidang-bidang kesetiausahaan dan pentadbiran sehingga mengabaikan bidang keilmuan).
  18. Kesaksian palsu semakin sering ditemukan di pengadilan. Sumpah palsu seringkali hanya jadi secara sengaja, tidak berbekas sama sekali dalam hati.
  19. Amanah seringkali disalah gunakan untuk mengambil keuntungan material. Ini boleh dibuktikan dengan banyaknya kes-kes penyelewengan diberbagai kalangan institusi pemerintahan.
  20. Pengutipan zakat hanya sebagai media untuk mencari keuntungan belaka. Hanya sebagai jalan untuk mencari keuntungan peribadi, tidak untuk mensejahterakan masyarakat penerima zakat dan sedekah.
  21. Pengajaran ilmu tidak lagi dilandaskan pada penyebaran ilmu dan penghapusan kebodohan. Tetapi sebagai sasaran bisnes belaka.
  22. Ramai lelaki/suami yang takut dan taat kepada isterinya, tetapi berani dan derhaka kepada ibunya. Ini boleh dibuktikan dibanyak tempat.
  23. Ramai orang yang dengan mudahnya membangun persahabatan dengan orang lain, mengangkat orang lain menjadi saudara, tetapi susah untuk berbakti kepada ibu-bapanya sendiri.
  24. Ramai orang yang sudah berani mengeraskan suaranya atau berteriak didalam masjid, sehingga mengganggu kekhusu’an orang yang sedang solat.
  25. Banyak bermunculan para Biduanita dan bermunculnya alat-alat muzik yang sudah tidak dapat dibendung lagi. (seperti rancangan dan pertandingan menyanyi dibeberapa stesen television).
  26. Minuman keras telah bermaharajalela, sehingga sudah tidak pelik lagi ditemukan orang yang meneguk minuman keras dibanyak tempat dan kawasan awam.
  27. Banyak generasi muda sudah tidak lagi menghormati generasi tua atau bahkan melaknati generasi terdahulu.
  28. Sebelum kemunculan Dajjal, perjalanan tahun sudah tidak stabil lagi. Banyak peramal musim yang tertipu dengan perjalanan musim. Banyak terjadi hujan saat musim kemarau dan sebaliknya.
  29. Ramai orang jujur dikatakan dusta dan ramai orang dusta dikatakan jujur dan mendapat kepercayaan seluruh ummat.
  30. Urusan kerakyatan dan kemaslahatan banyak yang ditangani oleh kaum Ruwaibidlah,iaitu sekelompok manusia yang bodoh, menjadi sampah masyarakat dan berperilaku rendah.
  31. Banyak munculnya hal-hal yang diluar dugaan ummat manusia yang sebenarnya hal-hal ini sangat berbahaya kepada kehidupan manusia.
  32. Banyak terjadi bergesernya gunung dan plat bumi dari tempat asalnya.
  33. Banyak urusan-urusan ummat yang diserahkan kepada orang yang tidak ahlinya. Sehingga berakhir dengan kehancuran.
  34. Semakin ramai yang berputus asa dengan hidup.Sehingga ramai yang berharap mati dan menghuni alam kubur daripada hidup didunia. Dan kadang-kadang berakhir dengan bunuh diri.
  35. Banyak penzinaan dan maksiat dilakukan ditengah jalan dan keramaian.
  36. Banyak perbuatan persetubuhan dipublikasi. Sehingga untuk mencegahnya agar tidak dipublikasi hanya tinggal harapan.
  37. Semakin tersebarnya praktis pornoaksi, sehingga pornoaksi sudah tidak ada yang dapat mengingkari. Menjadi hal lumrah dan biasa.
  38. Ramai wanita yang diperkosa dan diperlecehkan didepan umum dan tidak ada yang mampu mencegahnya bahkan mengingkarinya.
  39. Semakin banyak munculnya pendapat-pendapat dan kepentingan, sehingga sulit untuk disatukan. Hati mereka saling bermusuhan dan diselimuti dendam.
  40. Banyak terjadi saudara kandung yang berbeza agama dan keyakinan.
  41. Banyak terjadi berubahnya fungsi masjid menjadi pejabat. Masjid yang seharusnya menjadi tempat solat berubah menjadi tempat urusan dunia.
  42. Ramai anak muda yang menjadikan orang tua sebagai mainan mereka.( tidak ada sikap hormat dan ta’zim kepada orang tua).
  43. Banyak perdagangan antara Negara, namun susah mencari keuntungan. (kerana berleluasanya kebohonga dan manipulasi ).
  44. Akan datang suatu masa, dimana orientasi manusia hanya kepada urusan-urusan keduniaan yang ada hubungannya dengan isi perut.
  45. Kemuliaan manusia hanya diukur dengan kekayaan sahaja, tidak dengan ilmunya.
  46. Kiblat (arah kehidupan) dalam kehidupan manusia hanya masalah wanita dipenghujungnya.
  47. Yang menjadi topik perbahasan agama mereka hanyalah masalah wang dan wang. Sehingga manusia seperti ini tidak mempunyai pahala sama sekali di akhirat kelak.
  48. Kehadiran Al-Quran sudah tidak menarik lagi bagi hati manusia. Sehingga ada kecenderungan manusia untuk lebih tertarik kepada selain Al-Quran.
  49. Semakin ramai orang yang tamak dan hanya berkhayal sahaja. Tidak mahu berusaha. Boleh kita lihat, ramai orang yang hanya pandai berharap mendapatkan nasib yang baik melalui undian dan loteri.
  50. Manusia sudah tidak merasa takut lagi jika melakukan larangan-larangan Allah dan mengabaikan perintah-NYA.
  51. Ramai manusia yang dikuasai lamunan dan keinginan yang tidak proporsional (seiringan). Ada yang menjadi lamunan dan khayalan jauh daripada kata harapan apalagi kenyataan.
  52. Ramai manusia yang terlalu berharap atas ampunan Allah jika mereka melanggar aturan-NYA. Ramai manusia yang hanya pandai raja’ dan lupa khouf.
  53. Islam hanya tinggal nama. Hiasan Islam yang hakiki, iaitu berupa amal soleh sudah memudar layaknya memudarkan hiasan pakaian yang sudah lusuh. Sehingga ramai manusia yang sudah tidak mengerti apa itu puasa, solat, haji dan sedekah.
  54. Yang mempertahankan kalimah tauhid Laa ilaha illa Allah hanyalah orang-orang yang sudah tua.
  55. Kalimah tauhid sudah tidak dikumandangkan dimuka bumi ini lagi.
  56. Perbuatan tercela dan sifat pelit telah berleluasa dimuka bumi.
  57. Orang yang mempunyai sifat Al-Amin disebut pengkhianat dan seorang pengkhianat terus mendapat kepercayaan dan disanjung sebagai Al-Amin.
  58. Seorang yang menjadi tokoh dan pemimpin masyarakat justeru akhlaknya rosak. Dan orang yang menjadi sampah masyarakat seringkali menang dalam segala urusan.
  59. Munculnya 70 pembohong besar dan pendusta agama. Mereka datang dengan membawa ajaran yang tidak sama dengan ajaran kamu, kerana mereka telah merubah ajaran Islam yang selama ini telah bertahan dari kurun ke kurun. Jika mereka datang, maka jauhilah mereka, jangan sesekali mendekati mereka.
  60. Komentar dan ucapan lebih mendominasi daripada perbuatan. Ramai orang yang pandai berbicara dan berkomentar tetapi tidak pandai melaksanakannya.
  61. Penyataan tentang persatuan dan kerukunan hanya ada pada lisan, sementara hati mereka saling berlainan dan berlawanan.
  62. Ramai orang memutuskan silaturrahim. Dan ketika itu semua terjadi, maka laknat ALLAH SWT akan turun, dan ALLAH akan membutakan hati mereka.
  63. Ramai manusia pandai mempamerkan ilmu mereka tetapi mengabaikan pengamalannya.
  64. Penyataan kasih saying hanya ada pada ucapan sahaja, tidak sampai kedalam hati. Dalam hatinya hanya ada perasaan benci.
Adapun tanda-tanda yang disebutkan diatas ini adalah sebahagian sahaja dari sekalian banyak tanda-tanda kecil hari kiamat. Semoga kita semua dapat memuhasabah diri dan mengambil iktibar dari sekalian tanda-tanda tersebut InsyaAllahu Taala.

Bersambung di.... Tanda-Tanda Hari Kiamat (2)

Sumber Rujukan : 
Risalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah oleh Hadratus Syeikh Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy'ari. Pendiri Jam'iyyah Nahdlatul Ulama'.




hari kiamat | tanda-tanda hari kiamat | tanda-tanda kiamat | tanda-tanda hari kiamat kecil | tanda-tanda hari kiamat besar | tanda hampirnya hari kiamat | tanda-tanda hampirnya hari kiamat | tanda datangnya hari kiamat

7 comments:

sherry said...

Good Articles. Thanks Jamal.

waN Mohd Salim said...

thnks bro info hehee

Munna said...

dah byk yg berlaku.....TT

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..Sama-sama wahai sahabatku..:-)

Mohd Zakwan said...

Thanks .sangat berinformasi .hehe :)

singgah2 la Blog Zakwan yee

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Sama-Sama Zakwan..

Manan Qayyim said...

tanda-tanda tu dah ade....
bersama kita bermuhasabah....

My recent post : Jom Serta : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...