POWER OIL AND GAS

Tingkatan Iman | Martabat Iman


Adapun inilah sebahagian daripada Martabat Iman @ Tingkatan Iman yang telah dibicarakan oleh Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani dan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani didalam kitab mereka iaitu kitab Aqidatun Najin dan kitab Al-Jauharul Mauhub wa Minabbahatil Qulub.


1. Iman yang terbit daripada “Taklid”
-Hasil daripada mengikut fahaman orang lain,contohnya mengikut apa yang dikatakan dan diajarkan oleh para Guru. Iman ini sangat lemah kerana tiada bukti dan hujah dapat dikemukakan oleh seseorang itu apabila timbul keraguan.Hanya berpandukan penerangan sesorang itu sahaja.

2. Iman yang tebit daripada “Ilmu”
-Hasil daripada pembelajaran mengenai dalil-dalil dan hujah-hujah yang berpandukan Al-Quran,hadis dan para Ulama. Sesiapa yang telah mencapai tingkatan iman ini,mereka akan berasa yakin dan mampu untuk menerangkan dan menghayati hakikat iman itu sendiri.

3. Iman yang terbit daripada “Ayan”(ainun-mata)
-Hasil daripada “muraqabatullah” iaitu rasa sentiasa diperhatikan oleh Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tingkatan ini dikurniakan oleh Allah kepada insan yang terpilih sahaja

4. Iman yang terbit daripada “Hak”
-Hasil daripada “musyahadatullah” iaitu dapat melihat Allah dengan mata hati. Juga dikurniakan kepada insane terpilih sahaja

5. Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT. Para Wali Allah hanya dapat mencapai sehingga ke tingkatan iman ini. Dimana mereka menjadi fana’ kepada Allah dan tidak dapat menyedari dan mengawalnya.

6. Iman yang terbit daripada “Hakikatul hakikat”
-Juga hasil daripada “fana’unfillah” tetapi tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada para Anbia sahaja. Dimana para nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan dapat melihat zat Allah itu tetapi masih mampu untuk mengawalnya dan hidup seperti manusia biasa. Seperti Rasulullah dapat melihat syurga dan neraka ketika Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun kebumi dan dapat hidup seperti manusia biasa.

Oleh itu,marilah kita sama-sama menanam azam dihati untuk mempelajari dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua sehingga sekurang-kurangnya mencapai tingkatan “Ilmu”. Tingkatan Iman ini hanya dapat dicapai dengan mengenalnya dengan mata hati.Oleh itu, sama-samalah kita mensucikan hati kita ini daripada sifat-sifat yang tercela yang selama ini telah menutup mata hati kita daripada mengenal Allah SWT.Semoga kita semua sentiasa dibukankan pintu hati oleh Allah SWT untuk dipermudahkan mempelajari ilmunya ini…Amin ya rabbal alamin...
Sumber Rujukan :
  1. Kitab Aqidatun Najin bagi Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani, m/s 120. 
  2. Kitab Al-Jauharul Mauhub wa Minabbahatil Qulub bagi Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani, m/s 31. 

 tingkatan iman | maqam iman | jenis iman | jenis-jenis iman | martabat iman | pembahagian iman | hakikat iman | kitab aqidatun najin | kitab jauharul mauhub | iman | makna iman | makna beriman | maksud iman

2 comments:

Live Radio said...

Iman perlu dijaga setiap hari agar ia sentiasa subur dalam diri.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Subhanallah..Betul tue syeikh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...