POWER OIL AND GAS

Earning Google Adsense Mencecah 2 Angka Sehari



Alhamdulillah, akhirnya semalam akaun Google Adsense Jamal telah mencatatkan income sebanyak 2 angka untuk sehari. Memang tak sia-sia usaha Jamal selama ini, memang berbaloi-baloi. Tapi tue semua rezeki dari Allah, InsyaAllah bulan depan boleh la cashout earning Google Adsense nie.

Tujuan Jamal berkongsi pendapatan Jamal dari berblogging nie bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tapi sekadar nak membuktikan kepada rakan-rakan semua bahawa dengan blog nie memang korang boleh jana beribu-ribu ringgit. Jom kita sama-sama buktikan kepada orang diluar sana bahawasanya berblogging nie jugak boleh dijadikan sebagai kerjaya, sama ada secara sepenuh masa ataupun sambilan.

Kepada rakan-rakan yang masih baru dalam dunia blog nie, jangan malu dan segan untuk bertanya dan belajar daripada blogger yang dah otai ye. "Malu Bertanya Sesat Jalan". Dan kalau boleh tue, binalah sebanyak mungkin network/connection dengan rakan-rakan didunia maya nie, InsyaAllah suata hari nanti korang akan mengetahui betapa pentingnya network nie. Pergi mana-mana dalam Malaysia nie pun kita ade member. Kalau susah pun rakan kawan-kawan yang sedia bantu kita kan. Tue la pentingnya jangan sombong dalam hidup nie kan. Mungkin hari nie hari mereka, esok lusa mungkin hari kita pulak kan.

Wah, panjang pulak Jamal membebel hari nie, hehe. Mungkin Jamal sedikit excited sebab nak share dengan korang yang Jamal dah berjaya dapat income 2 angka dalam sehari dengan Google Adsense nie. 2 angka itu ialah dalam USD. Pencapaian tertinggi Jamal setakat nie ialah USD11.46 dalam masa sehari iaitu lebih kurang RM34.38. Memang best kalau dapat income macam nie tiap-tiap hari. :-)

Kepada korang semua yang baru nak berjinak-jinak dengan Google Adsense nie, teruskanlah usaha dan jangan putus asa ye. Setiasa ingat dengan pepatah Melayu nie "Bersusah-Susah Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian"





earning google adsense, earning tertinggi google adsense, buat duit dengan google adsense, cara buat duit dengan google adsense, pendapatan google adsense, income dari google adsense

18 comments:

azrijohan said...

wah,semakin murah rezeki jamal ye
tahniah,tumpang gembira sekali


http://azrijohan.blogspot.com

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..:-)

YoungMoM said...

bestnyer...kt byk kali apply google adsense tp kena rejected...minta tunjuk ajar....tak berapa arif...

Save Budget said...

Alhamdullilah, tahniah Mentor..

CikSembang said...

keyword mahal ke..hebat

maszmadi said...

erm, masz penah apply nak wat google adsense tp x approve coz alasan yg diberikan adalah "blog masz gn guna byk malay languange". betul ke bahasa main peranan kalu nak letak iklan google adsense yerk..?

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Yup, memang benar..hanya blog english je Google Adsense terima. Maknanya kena ada blog yang totally menggunakan english language baru boleh apply la ye.

Freaky said...

wahh tahniah dapat income yang lumayan macam tu :D

Cikgu Azim said...

wah bestnya jamal dpat 2 angka sehari dgn adsense...blog sy google bru apprve blog sy lpas raya aritu slepas byk kali ubahsuai blog..bru 2usd je dpt... jom tgk http://roadsector.blogspot.com hehe

Zainal said...

YoungMom...

klu nak apply google adsense...perkara yang perlu dititik beratkan adalah blog anda...

blog anda perlu lengkap..maksudn ya takleh ada page yang ditinggalkan kosong...contohnya klu contact page...perlulah ada contact form...takleh kosong

Zainal said...

salam cikgu azim...

tahniah...sama la saya google baru approve...baru dapat USD2.12

My Help Desk

Bro ahmad said...

tahniah..banyak tu..kalah gaji bro

Bancik said...

Bro, jenis iklan kita boleh pilih ke macam nuffnang? Nak elakkan iklan alcohol contohnye?

Sharif Dez said...

untungnya pandai bahasa orang putih. nyesal tak belaja pandai-pandai.

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks all for the comments..:-)

Ezad Skytech said...

sehari dapat banyak macam tu..OK la..alhamdulillah..rezeki tu..:D

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..betul tue Ezad..

Wanita Timur said...

ada caranya ke... saya pun mak blajar juga.. harap2 sudilah ajar akak skit2 ye.. pening dok cari idea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...