POWER OIL AND GAS

Total Pageviews untuk 3 buah blog telah melebihi 100k

Total Pageviews untuk 3 Blog milik Jamal

Pada ketika entry ini ditulis, 3 buah blog Jamal telahpun berjaya mencatatkan jumlah pageviews melebihi 100 ribu. Alhamdulillah sebuah kejayaan yang boleh menguatkan semangat Jamal untuk terus berblogging. Dan diharapkan ianya turut memberi semangat untuk rakan-rakan blogger semua meneruskan perjuangan dalam dunia blog nie.

Ketiga-tiga blog Jamal yang telah mencatatkan jumlah pageviews melebihi 100k ialah :
  1. www.jamaluddin.net - 181k Pageviews (PR2)
  2. www.poweroilandgas.com - 115k Pageviews (PR1)
  3. jamaluddinab.blogspot.com - 107k Pageviews (PR1)

Selain itu, ketiga-tiga blog ini juga telah mendapat Google Pagerank(PR). Walaupun tidaklah setinggi mana, tapi cukup la dengan usaha Jamal yang tidak seberapa nie. Nak handle dan manage banyak-banyak blog nie bukannya mudah. Banyak benda perlu dikorbankan.

Target Jamal lepas nie nak dapatkan Google PR2 untuk blog english Jamal iaitu www.poweroilandgas.com. Ketika nie sebahagian page dari blog nie dah dapat PR2, tapi untuk homepage masih lagi PR1. Jamal dalam usaha menambahkan bilangan backlinks ke blog nie. Bila dapat capai PR2 atau PR3 nanti, baru la best sebab akan lebih mudah untuk mengaplikasikan teknik SEO. Tak payah susah-susah nak ping sana, ping sini lagi.


16 comments:

azu said...

bravo lah jamal..azu jauh lagi nk smpi angka tu..huuu

Mohd Zakwan said...

tahniah Jamal ! zakwan sejak bertukar domain baru, habis PR0 terus :(
harap2 Jamal bagi tips nak naikkan page rank blog. hehe
Blog Mohd Zakwan :)

Bro Ahmad said...

tahniah jamal terbaik, memang blog perlukan pageview yang banyak untuk pencapaian terbaik, blog ni banyak tips sebab tu ramai yang datang kesini.

naim said...

salam

Tahniah bro.

thomas said...

Tahniah Bro Jamal,
moga2 akan lebih berjaya selepas ni.

ewanrani said...

tahniah bro..blog ko dah semakin mantap dh jamal...leh aku berguru dengan ko nanti..

Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)

EmpayarUtama said...

Tahniah. Blog rojak saya ntah tak de PR kot

SoLy SoLicious said...

woww..byk tu....

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Thanks semua..:-)

ubaidullah said...

hebat la jamal ni hehe
blog saya PR2 pun baru 1000 views dan generate $5
tapi ada peningkatan bulan lepas $1.8
bulan ni $3.2

saya promote kt page yang pr tinggi, dapat trafik tak banyak tapi backlinks agak bagus

masalah saya sekarang ialah trafik...kalao nak 100$ lebih kurang 20,000 views saya nk kene carik...

tips lagi bro
saya ni jenis yg malas sikit nak promote link banyak kali hehe

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Ubaidullah:

Mane de hebat pun, blogger biase je la...hehe

Blog Jamal PR1 je, UV ade la dalam 15k dan pageviews 35k sebulan, Alhamdulillah income sebulan dapat dalam lingkungan USD180.

Tips nak dapatkan banyak visitors dan pageviews, gunakan social media dengan sebaik mungkin. Rajin promote kat social site.

Dan untuk maksimumkan pendapatan, fokus dapatkan visitors dari luar negara, especially UK,US and Canada. Fokus juga untuk High Paying Keywords.

Lagi satu yg penting ialah kedudukan iklan dan juga warna die.

Good Luck

ubaidullah said...

patutla kurang views, trafik sources saya cuma

wangcyber
carigold
blogwalking
facebook
lowyat

saya belum pkai twitter,linkedin, reddit,artikel direktori,guest post lagi baru nk belajar

tapi sy nk share sikit cmne nk naikkan page rank cepat...saya buat 2 bulan je dah dpt pr2..hehe ade kt blog saya

http://juruteracabok.blogspot.com/2011/11/how-to-get-high-quality-backlinks-with.html

traffic sources bro jamal kebanyakan dari mana?
yang blog power oil and gas tu macam ayat2 jobstreet je..hehe...bukan google detect duplicate content ke nnt tak kuar search result?

tapi bagus juga masa tak habis menulis entri blog, boleh sibukkan tuk promote link :)

ubaidullah said...

ctr kite lebih kurang sama...saya tiru template 2createawebsite kaler purple hehe

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Ubaidullah:

Semua post pasal O&G jobs tue bukan copy dari Jobstreet la. Jamal ade join yahoo group "Melayu Oil&Gas". So diorang memang banyak share keje kosong kat situ, jadi jamal copy dari email la bukan Jobstreet...:-)

Dan Jamal jugak rajin pg lawat website company O&G nie, kalau ade open vacancies, Jamal akan share jugak kat blog. Dan lagi satu source ialah dari recruitment agent, diorang yg email Jamal bgtau ade open vacancies.

So Jamal x risau la, sebab Jamal bukan copy dari mana-mana website pun, terutamanya Jobstreet..

:-)

Eena Arrina said...

wah,,untunglah...nak jugak camtu :P
rerajin lah meh blog ena..best pe... folow sama :)

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...