POWER OIL AND GAS

Google Pagerank Update May 2012

 
Alhamdulillah hari nie ada berita gembira Jamal nak kongsikan dengan rakan-rakan blogger semua. Jamal pasti hampir semua tahu mengenai Google Pagerank (PR) dan pastinya ia adalah satu kayu pengukur yang amat penting bagi sesebuah blog atau website itu.

Kepada yang masih belum berapa mengenali Google Pagerank nie, nie Jamal terangkan serba sedikit mengenainya. Google Pagerank (PR) adalah satu ranking atau pengukur bagi sesebuah blog itu, dari segi popular, traffic, kualiti blog dan sebagainya. Google Pagerank nie ada 10 ranking iaitu daripada PR 0 hinggalah PR10. Dan semakin tinggi nilai PR sesebuah blog itu, semakin baik dan popular blog itu dimata pihak Google.

Dan salah satu daripada kepentingan Google Pagerank ini ialah ia amat membantu dalam meningkatkan traffic ke blog kita. Kerana semakin tinggi nilai Google Pagerank kita, semakin tinggi jugalah kepercayaan enjin carian Google kepada blog kita. Bila mana Google mempercayai blog kita, maka akan lebih mudahlah blog kita keluar dalam enjin carian dan kedudukannya pastilah dibahagian paling atas.

Pihak Google biasanya akan update Google Pagerank ini sebanyak 3 atau 4 kali dalam setahun. Update untuk tahun 2012 dimulakan pada bulan Februari aritu. Masa update bulan Feb, blog Jamaluddin.net nie masih maintain PR2 manakala blog english Jamal iaitu poweroilandgas.com dapat PR1.

Dan baru sebentar tadi Jamal perasan yang ranking Google Pagerank bagi blog poweroilandgas.com tue dah berubah, iaitu dari PR 1 ke PR 2. Alhamdulillah rasa syukur sangat. Sebenarnya Jamal dah letakkan widget Google Pagerank di setiap blog Jamal. So bila Google Pagerank update, Jamal akan perasan la nilai tue berubah.

Bila Jamal check Google Pagerank untuk blog Jamaluddin.net nie, ianya masih lagi pada PR 2. Kira ok la maintain je kan. Sebenarnya Jamal tak tahu bila Google update Google Pagerank nie, tapi rasa Jamal sama ada semalam ataupun hari nie baru update.

So kesimpulan yang Jamal boleh buat, ini adalah Google Pagerank update untuk kali kedua bagi tahun 2012 iaitu Google Pagerank Update May 2012

Kepada sesiapa yang belum check Google Pagerank korang. Boleh check kat bawah nie.




google pagerank update, google pr update, google pagerank update 2012, pagerank update 2012, pr update 2012, pr update may 2012, pagerank update may 2012, google pagerank update may 2012

10 comments:

azri johan said...

wah,tahniah :D
blog saya still PR1 lagi..

Cikgu Azim said...

tahniah en jamal..blog sy pn page rank 2 jgk..dulu rank dunia yg pling tinggi sekitar 500k...tpi skrg dh turun jd dkt 1.5juta dh..mungkin sebab jarang update http:/takmungkinbenar.blogspot.com

Terbelog said...

tahniah
terbelog masih 1 lagi

Jamaluddin Abu Bakar said...

Thanks semua..:-)

Scarlett O'Hara said...

Saya pun PR2.Tapi Alexa, jatuh teruk.Nape ek?
http://scarlettj1.blogspot.com/2012/05/google-pagerank-update-2012jom-check.html

Jamaluddin Abu Bakar said...

Sistem pengiraan ranking Alexa dan Google Pagerank adalah berbeza.

Ranking alexa ikut jumlah visitors blog kita yang menggunakan Alexa Toolbar. Kalau ramai visitors sekalipun tapi diorang x install alexa toolbar pun tak guna jugak.

Kalau Google Pagerank memang dikira berdasarkan kualiti blog kita. Berapa banyak backlinks,entry berkualiti,jumlah visitors dan sebagainya.

Belajar blog said...

Wah, PR 2 dah. Blog saya langsung tiada PR. 0 je. Hehehe. Baru nak aktif balik blogging.;p

Jamaluddin Abu Bakar said...

Takpe, slow2. Nak naikkan PR memang makan masa sikit

donnyien said...

Tahniah! Blog Don yang turun ke PR0 sebab jarang sangat update haritu.. skrg tengah godek2 blog ni untuk cari solution..nasib baiklah jumpa kat blog ni

Jamaluddin Abu Bakar said...

Takpe la, kalau PR0 tapi income still masyuk ok jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...