POWER OIL AND GAS

Jemputan Menghadiri Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41


Semalam Jamal ada terima satu SMS yang menyatakan bahawa Jamal dijemput untuk menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Dan hari nie Jamal dah terima jemputan rasmi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia melalui e-mail.

JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
Angka Giliran : 0121085
No. KP : 87XXXX01XXXX

Tuan/Puan,

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri peperiksaan memasuki skim perkhidmatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:



Tarikh : 12/05/2012
Tempat : 

INSTITUT LATIHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (IDB)
DEWAN PERDANA MESTIKA,NO. 19, JALAN YAAC
BANDAR TUN RAZAK
56000 CHERAS
W.P. KUALA LUMPUR

2.    Calon tidak dibenarkan menukar pusat peperiksaan. Maklumat mengenai peperiksaan dan persediaan yang perlu dibuat adalah seperti yang terdapat dalam panduan peperiksaan di Portal Rasmi SPA. Untuk makluman, Ujian Penaksiran Personaliti akan diadakan semasa Pusat Penilaian Kompetensi kelak.

3.    Calon boleh menyemak keputusan pada 16/06/2012 melalui Portal Rasmi SPA di www.spa.gov.my. Calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk menghadiri Pusat Penilaian Kompetensi pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

Sekian,terima kasih.

'BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI'


Urus Setia Bahagian Peperiksaan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5042

Sebenarnya Jamal dah lama mohon jawatan nie, masa lepas grad dulu Jamal mohon jawatan nie. Dan selepas 2 tahun baru diorang panggil untuk datang ambil peperiksaan. Kalau ikutkan hati memang Jamal malas nak datang peperiksaan nie. Lagipun Jamal nie dah keje, bagi la peluang orang lain yang berebut-rebut nak jadi PTD nie.

Jamal tak sesuai kot untuk jawatan nie since Jamal nie lebih kepada Technical guy, not Planning or Management guy. So kesimpulannya Jamal malas la nak datang ambil peperiksaan nie. Dah la banyak exam, ada 5 bahagian. Masa peperiksaan tue dari pagi sampailah kepetang.

Kepada yang pergi peperiksaan nie, Jamal ucapkan selamat berjaya.




ptd, pegawai tadbir diplomatik, peperiksaan ptd, peperiksaan pegawai tadbir diplomatik, interview pegawai tadbir diplomatik, interview ptd, exam ptd

10 comments:

azri johan said...

ape yang akan dilakukan bagi orang yang menjawat jawatan ni ye?

Jamaluddin Abu Bakar said...

Paling tinggi boleh jadi Duta la Azri...:-)

myebutterfly said...

Aku pon dapat...tapi tak dapat amik exam ni sbb tak ada kat malaysia time ni...huhu...xpe la nx time try lg...setau aku 2kali setahun exam ptd ni...

Jamaluddin Abu Bakar said...

sama la kita. Aku pun x pergi jugak..dah hilang minat la nak keje government..haha

ash said...

jawatan ni kerja nya apa ye? sorry la sy betul2 xtahu

Jamaluddin Abu Bakar said...

Jamal dah jawab kat atas tue. Paling tinggi jawatan nie boleh jadi DUTA.

Kiranya banyak deal dengan URUSAN DIPLOMATIK MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR la.

NHF said...

saya pon dapat jugak.. =)
dan saya pegi utk mencuba...=)

Jamaluddin Abu Bakar said...

Good Luck ye NHF

redevil said...

Hi Jamal.. u ignore panggilan exam PTD?
sebenarnya aku duduk gak exam Perangkawan E41 lama dulu, rase2 tak nak gi tapi takut la nanti dikatakan ingkar arahan...
skrg dah sampai peringkat assessment centre, runsingnya..

Jamaluddin Abu Bakar said...

Masuk nie dah 3 kali aku kena panggil untuk inteview Gred 41, 2 kali interview PTD, sekali interview Engineer JKR.

Ketiga-tiga interview tue aku x datang. So far JPA xde bagi amaran pape pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...