POWER OIL AND GAS

Spesifikasi Proton Preve 1.6 CFE Turbo


Sempena Jamal dah booking Proton Preve nie, Jom la kita kenal sikit buah hati Jamal nie. Apa yang membuatkan Jamal tertarik nak beli kerete terbaru keluaran Proton nie. 

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya Jamal rasa bangga sebab Proton boleh keluarkan kereta macam nie. Walaupun harganya masih mahal jika dibandingkan dengan kereta yang dijual diluar negara, tapi apa yang boleh kita buat. Nak beli kereta keluaran Jepun atau Europe tak mampu lagi. Kalau beli kereta secondhand takut banyak masalah pulak nanti. So pilihan yang ada hanya kereta Proton Preve nie je rasanya. Sebab Jamal lagi prefer kereta sedan berbanding hatchback.

Proton Preve nie dikuasakan oleh enjin 1.6 CFE Turbo yang pada asalnya adalah enjin Campro 1.6 IAFM. Kemudian Proton tambah Turbo kepada enjin IAFM dan jadilah enjin 1.6 CFE nie. Enjin CFE pada asalnya dihasilkan untuk digunakan oleh Proton Exora sebab enjin Campro 1.6 CPS tue kurang power bila Exora melalui jalan berbukit-bukit. Dan enjin nie telahpun digunakan oleh Exora Bold. So far takde major problem yang kedengaran daripada enjin nie, melainkan masalah Turbo Lag yang memang akan dihadapi oleh kebanyakkan kereta yang dikuasakan oleh enjin Turbo.

Proton Preve nie ada 3 pilihan, sama ada nak beli yang Manual IAFM (5 Kelajuan), Automatic IAFM CVT (6 Kelajuan) ataupun Automatic CFE CVT (7 Kelajuan). Harga bermula dari RM59,990, RM62990 dan RM72990. Dan semuanya ada jaminan selama 5 tahun atau 150,000km perjalanan.

Jamal pilih model yang Automatic CFE CVT tue sebab ianya dikuasakan enjin Turbo, so memang lagi power la enjin die. Dan lebih banyak features dan accessories berbanding model Executive (5M/T dan IAFM CVT). Dan diantara features yang menarik dan ada pada model CFE tue ialah:-
  1. Auto Fold Side Mirror
  2. Build-In GPS
  3. Paddle Shifters
  4. Auto Air-Conditioner
  5. Push Start/Stop Button
  6. Auto Cruiser
  7. Auto Wipers
  8. Auto Headlamp
  9. ISOFIX Seat mountings.
  10. 4G Wifi
  11. 4 Airbags
  12. Brake Assist, Traction Control, Electronic Stability Control
Dan macam-macam lagi la, tapi features yang lain tue biasanya senang nak jumpa dalam kereta-kereta lain. Tapi features yang Jamal highlight kat atas nie jarang ada pada kereta yang harganya macam Proton Preve nie. Kalau compare dengan kereta lain, kiranya dengan harga dan features yang ditawarkan nie, kira berbaloi la duit beli Proton Preve nie.

Jamal kongsikan info nie dulu ye. Nanti kalau ada masa, Jamal kongsikan info-info yang lain pulak berkenaan dengan kereta nie. Memang tak sabar tunggu kereta Jamal keluar nie, maklumlah kereta pertama la katakan.





proton preve, harga proton preve, spesifikasi proton preve, booking proton preve, turbo lag, masalah proton preve, enjin proton preve, proton preve turbo

6 comments:

Prince of Noob said...

peh ni nak kena angkat satu ni... btw done follow - Noob

Jamaluddin Abu Bakar said...

Jom la angkat satu..hehe

Anonymous said...

Preve saya da dpt jumaat lps
3minggu je da dpt (gune org dlm)
hehehhe

Jamaluddin Abu Bakar said...

Saya baru 2 minggu, masih sabar menunggu nie

Anonymous said...

mmg puas hati
xrugi beli
dealer ckp bile dpt?

Anonymous said...

da dpt preve blom?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...