POWER OIL AND GAS

Tips Tingkatkan Earning Google Adsense (Siri 1)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua. Atas permintaan ramai, maka Jamal dengan merendah diri cuba untuk berkongsi dengan korang semua berkenaan dengan beberapa tips yang amat penting dalam meningkatkan earning dan income dari Google Adsense. Untuk pengetahuan korang, earning untuk sebulan yang paling banyak Jamal pernah dapat ialah RM905.65 (USD288.50) dan earning untuk sehari ialah RM52.57 (USD17.18). Walaupun ianya tidaklah banyak mana jika nak dibandingkan dengan otai-otai Google Adsense yang lain, tapi Jamal rasa ianya sudah memadai untuk blogger part time macam Jamal dan korang semua.

Pastinya semua sudah tahu yang Google Adsense nie adalah syarikat pengiklanan internet milik Google, dan ianya diantara saluran untuk menjana duit secara online. Pada pandangan Jamal setelah lebih dari setahun menggunakan perkhidmatan Google Adsense nie, Jamal amatlah berpuasa hati dengan servis dan income yang boleh dijana dengannya. Lebih baik jika dibandingkan dengan syarikat pengiklanan tempatan seperti Nuffnang dan Advertlets.

Untuk perkongsian tips kali nie, Jamal beranggapan korang semua sudah mempunyai akaun Google Adsense sendiri. Kepada sesiapa yang belum mempunyai akaun Google Adsense, diharapkan korang boleh memohon ianya terlebih dahulu dan setelah Google terima permohon tersebut, korang bolehlah ikut semua tips-tips yang akan Jamal kongsikan secara berperingkat di blog ini.

Untuk tips pertama bagi memaksimumkan income Google Adsense nie, korang semua perlulah memiliki sekurang-kurangnya sebuah blog yang menggunakan English language sebagai bahasa pengantar, dan bukannya bahasa rojak. Jamal tekankan perkara ini mula-mula sekali disebabkan perbezaan yang amat ketara dari segi income yang korang akan terima dari blog English dan blog Melayu yang diletakkan iklan Google Adsense. 

Salah satu daripada perbezaannya ialah dari segi harga Cost per Click (CPC) iaitu nilai setiap klik pada iklan yang yang akan dibayar oleh Google Adsense. Untuk blog yang menggunakan bahasa English, pihak Google Adsense pastinya mempunyai pelbagai pilihan iklan yang boleh diletakkan di blog korang kerana iklan yang dipaparkan di blog korang boleh datang dari seluruh dunia. Sebab bahasa English itu sendiri yang bersifat universal, satu dunia pakai. So pengiklan dan produk yang diiklankan pun boleh datang dari seluruh dunia. Manakala untuk blog berbahasa Melayu, biasanya iklan yang keluar ialah iklan dari dalam negara sahaja. Pihak Google Adsense biasanya akan bayar mahal untuk Iklan berbahasa English. Salah satu sebabnya ialah tukaran mata wang asing USD dah 3 kali ganda dari RM. 

Contohnya jika korang lihat pengiklan tempatan seperti Nuffnang dan Adverlets bayar untuk setiap klik (CPC) yang kita terima ialah sekitar RM0.20 hinggalah paling tinggi pun RM0.50. Manakala untuk Google Adsense pula, jika korang menggunakan blog English, nilai CPC yang korang dapat biasanya dari serendah USD0.20 hinggalah USD5 bergantung kepada harga keywords korang atau lebih dikenali sebagai High Paying Keywords. InsyaAllah Jamal akan terangkan berkenaan dengan High Paying Keywords nie didalam tips yang akan datang. USD0.20 hingga USD5 yang korang terima itu ialah bersamaan dengan RM0.60 hingga RM15 dan semestinya lebih mahal dari harga iklan berbahasa Melayu.

Jom kita ambil contoh blog Jamaluddin.net nie yang berbahasa Melayu dan blog English Jamal iaitu poweroilandgas.com. Jika dibandingkan, traffic yang diterima untuk kedua-dua blog nie, jumlahnya hampir sama. Begitu juga dengan Alexa Rank kedua-dua blog ini. Tetapi perbezaan income yang dijana oleh kedua-dua blog ini amatlah ketara. Untuk blog Jamaluddin.net nie, nak dapat USD1 sehari pun susah. Tapi untuk blog poweroilandgas.com tue, nak dapat USD5 sehari senang-senang je.

Selain daripada itu, pengunjung yang datang untuk membaca blog English dan blog Melayu adalah berbeza. Untuk blog yang menggunakan English language, pembaca dan pengunjung boleh datang dari seluruh pelusuk dunia dan kebarangkalian untuk diorang klik iklan Google Adsense adalah lebih tinggi berbanding daripada pengunjung dari Malaysia. Sebab kebanyakkan pengunjung dari Malaysia nie dah tahu dan kenal iklan Google Adsense, so memang jarang la diorang akan klik. Jamal lihat trend nie berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Google Adsense untuk akaun Adsense Jamal. Tapi trend ini mungkin berbeza-beza mengikut niche blog korang. 

Sebenarnya banyak lagi factor perbezaan diantara blog berbahasa English dan Melayu nie, InsyaAllah nanti Jamal akan sambung dalam siri yang akan datang. Jamal kongsikan sedikit demi sedikit dengan korang semua. Untuk yang dah otai tue tak payah la baca entry nie, Jamal bukannya hebat sangat pun nak ajar korang. Pasti ramai lagi otai-otai Google Adsense kat luar sana kan..hehe




 google adsense, income google adsense, earning google adsense, tips google adsense, panduan google adsense, tingkatkan earning google adsense, tingkatkan income google adsense

14 comments:

CS @ Mama AA's said...

info yg bagus.... tp CS ada iklan nuffnang .... xleh ek pakai ni?

Jamaluddin Abu Bakar said...

Iklan Nuffnang tue jana duit ke. Sepanjang Jamal guna iklan Nuffnang memang x berbaloi sangat kalau x dapat BE. Baik layan Google Adsense. Tapi traffic kena banyak la baru nampak perbezaannya.

Anonymous said...

Nanti bila masuk Petrofac susah la skit nk update blog...ke camne bro?

Jamaluddin Abu Bakar said...

Tengok la work loads macam mana nanti. Kalau tiap hari kena OT sampai malam memang jarang la update blog.

Kalau x busy sangat, bila malam kat rumah boleh la update.

lepak.com.my said...

penerangan yg bagus ......

Cikgu Az said...

info yg bagus ni.. :)

nurul said...

wah,terima kasih sudi kongsi..tapi nak tarik tarfik ke blog tu yang susahtu hehe

Jamaluddin Abu Bakar said...

Nurul: Sabar ye, InsyaAllah Jamal akan kongsikan cara-cara nak tingkatkan traffic dalam tips yang akan datang. Kalau sempat malam nie Jamal akan siapkan tips pasal niche pulak..:-)

Dwi said...

terimakasih sudah berkongsi, tapi memang nak tarik trafik US ne susah sangat la.
boleh juga tu bagi tau cara2 tingkatkan trafik kat blog english

Uli said...

Tq jamal for the info..harap share lebih banyak tips untuk mereka yang baru nak berjinak dengan adsense mcm saye=)Harap2 lps nie bule la repeat history en jamal

Wan Widget said...

salam jamal, saya ada blog english, tp x aktif sangat, blog english saya tu saya buat subdomain jer dari blog melayu utama. boleh ker, x kisahkan, ke ada kesan pada CPC adsense

Cromirama said...

thanks bro

ros said...

salam. ada tips mcm mana nak kasi orang click iklan2 tu ye? newbie adsense ni.

ros said...

salam. ada tips mcm mana nak kasi orang click iklan2 tu ye? newbie adsense ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...